Minat berceloteh? Ketahui lima tip untuk jadi 'podcaster'


  • Hobi
  • Selasa, 08 Feb 2022

PODCASTER merupakan kerjaya yang semakin diminati orang ramai terutama mereka yang mempunyai hobi bercakap.  — Agensi/AFP

AUDIO siar ataupun podcast merupakan medium hiburan yang semakin popular dalam kalangan pencipta kandungan (content creator) pada masa kini.

Oleh itu, tidak hairanlah podcaster merupakan kerjaya yang semakin diminati oleh orang ramai terutama mereka yang mempunyai hobi bercakap.

Podcast ialah rakaman audio yang boleh didengari oleh semua orang, boleh didengari pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kalau seseorang itu suka bercakap ataupun menemu ramah orang, podcaster boleh dijadikan sebagai pilihan kerjaya,” tulis pengguna Instagram, Kartu Prakerja.

Untuk memulakan kerjaya sebagai podcaster, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan;

1. Cari tajuk perbincangan yang dikuasai.

  • Memandangkan sembang ialah aspek utama podcast, adalah penting untuk mencari topik yang anda mahir sebelum memulakan podcast.
  • Selain memudahkan untuk mencari perbincangan dalam setiap episod, topik tertentu juga akan memudahkan untuk menentukan sasaran pendengar.
  • Sebagai contoh, Head Over Heels merupakan podcast yang membicarakan tentang topik melibatkan wanita dan dihoskan oleh jurulatih kecergasan dan penyampai radio, Maggy Wang.
head over heels
Head Over Heels merupakan podcast yang membicarakan topik melibatkan wanita.

2. Buat skrip yang menarik.

  • Jika anda telah menemui topik perbincangan yang sesuai, maka tindakan seterusnya yang anda boleh lakukan ialah membuat skrip yang menarik.
  • Pendengar berkemungkinan akan kembali ke podcast anda jika terdapat perkataan yang menarik atau berkaitan dengan diri mereka.

3. Amalkan gaya bercakap.

  • Selain topik dan skrip, seorang podcaster juga perlu menitikberatkan gaya pengucapan mereka untuk menarik pendengar.
  • Seboleh-bolehnya seseorang yang ingin menjadi podcaster, anda dinasihatkan untuk melatih sebutan supaya jelas dan membantu pendengar untuk memahami maksud kata-kata anda.
  • Seterusnya, perlu kumpulkan keyakinan dan percaya dengan perwatakan suara yang anda miliki.

4. Membuat akaun media sosial khas untuk promosi podcast.

  • Jika anda benar-benar ingin serius tentang kerjaya sebagai podcaster, mencipta akaun media sosial promosi yang berasingan dengan akaun peribadi anda adalah penting.
  • Membuat akaun baharu bertujuan untuk menjadikan khalayak sasaran pendengar anda lebih spesifik.

5. Konsisten dan cari idea menarik yang terkini.

  • Akhir sekali, konsisten adalah kunci supaya podcast anda mempunyai penjenamaan tertentu, jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
  • Selain itu, mencari perkara terkini untuk dibincangkan juga akan membantu trafik podcast anda.

Menjadi podcaster sebagai hobi bukan hanya boleh dijadikan sebagai kerjaya tapi sebenarnya dapat membantu orang lain mendapatkan ilmu serta maklumat dari podcast anda.

Sebagai contoh, pakar psikologi klinikal dan penyelidik, Dr Chua Sook Ning, membantu meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia menerusi podcast yang bernama Being Human. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram