Rahsia kecantikan Dua Lipa


  • Hiburan
  • Khamis, 17 Feb 2022

DUA Lipa berkongsi kunci dietnya adalah tentang mencapai keseimbangan yang betul antara makanan yang sihat. — Agensi

SENTIASA tampil cantik dan menawan, penyanyi, Dua Lipa mendedahkan rahsia bagaimana dia menjaga kecantikan dan mengekalkan bentuk badan yang langsing dengan peminatnya.

Berkongsi tips menerusi siaran podcast baharunya, Dua Lipa: At Your Service, dia memberitau antara rutin hariannya adalah menerusi pengambilan air yang kerap.

"Saya banyak minum air untuk menjaga kelembapan kulit selain pengambilan vitamin dan Omega 3.

"Selain itu, saya juga tidak makan selepas 6 petang kemudian berpuasa di waktu malam," katanya.

Tambahnya, antara sebab dia tidak makan lewat (waktu malam) kerana badannya akan mengambil masa lama untuk memproses makanan tersebut dan ia tidak akan digunakan sepenuhnya sebagai tenaga.

Walaupun penyanyi lagu New Rules itu sentiasa memastikan dia kekal dalam bentuk badan yang terbaik, ia tidak bermakna dia meninggalkan makanan kegemarannya.

Wanita berusia 26 tahun itu berkongsi kunci dietnya adalah tentang mencapai keseimbangan yang betul antara makanan yang sihat dan sekali-sekala menikmati 'cheat day'.

Kongsinya, untuk sarapan pagi, makanannya ialah telur atau buah diikuti pisang dan mentega gajus sebelum bersenam.

Makan tengah hari pula ialah salad ayam dengan sayur-sayuran dan jus sejuk. Manakala makan malam pula dia akan lebihkan sayur dan ikan.

“Saya cuba dan kekal sihat sebaik mungkin pada bila-bila masa.

“Saya tidak pernah menghalang diri daripada menikmati hidangan kesukaan saya, tetapi saya cuba mengehadkannya kepada hari-hari yang saya tidak begitu sibuk, kerana jika saya makan donat, ia biasanya menyebabkan saya kurang aktif (malas),” ujarnya.

Katanya lagi, selain menjaga pemakanan, bersenam juga penting dan merupakan sesuatu yang dia lakukan setiap hari.

Penyanyi terkenal itu lebih suka melakukan senaman pagi kerana dia berkata, harinya menjadi lebih baik apabila dimulakan dengan aktiviti sihat (bersenam).

Hampir setiap hari dia bermula dengan kelas senaman Zoom sekitar 8.30 pagi bersama rakannya, Ella Jenkin.

Tetapi jika Dua Lipa berasa malas, kawannya Bunny akan datang untuk melatihnya secara peribadi.

Kongsinya lagi, bersenam tidak semestinya memakan masa yang lama, biasanya hanya 15 minit sehari sudah memadai.

“Saya cuba dan bersenam sekerap mungkin.

“Saya suka melakukan sesuatu yang sangat pantas, seperti sesi HIIT selama 15 minit yang boleh saya lakukan sebelum saya memulakan hari saya.

"Jika perlu berkerja awal dan tidak mahu bangun berjam-jam sebelum itu, saya melakukan senaman intensiti tinggi, mandi dan sarapan pagi."

Senaman yang biasa dilakukan Dua Lipa ialah mendaki gunung, lompat bicu dan burpe selain menyertai kelas, tinju, yoga dan pilates. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram