Didakwa positif Covid-19, Nabila Huda kata sebab makanan pedas


  • Hiburan
  • Selasa, 15 Feb 2022

NABILA juga sedang dalam proses kuarantin kerana kawasan berhampiran di lokasi pengambaran terdapat kes positif Covid-19.

BAGI yang mengikuti perkembangan pelakon hebat, Nabila Huda pasti sudah sedia maklum bahawa aktres itu kini sedang menjalani pengambaran filem Telaga Suriram di Perlis.

Dalam kesibukan harian, Nabila sentiasa mengemaskini status sosial media dengan aktivitinya sepanjang berada di lokasi pengambaran berkenaan.

Pada pagi Selasa, anak penyanyi rock legenda, Amy Search itu membuat live di lnstagram dia membeli sarapan pagi di Kuala Perlis, Perlis.

Membeli pelbagai jenis makanan, Nabila begitupun kelihatan selesema semasa sedang menikmati sarapan pagi yang dibelinya di bilik hotel.

Disebabkan itu, ada yang bertanya adakah pelakon itu menghidap Covid-19.

"Eh, mana ada, jangan pandai-pandai kata kena Covid-19.

"Saya sebenarnya ada sinus sebab tadi makan makanan pedas," katanya dalam live berkenaan.

Dalam video berkenaan juga, Nabila menikmati pelbagai makanan antaranya seperti laksa Thai hijau, bihun goreng hijau, nasi pulut dan ayam goreng.

Nabila dalam live tersebut turut memberitahu bahawa dia kini sedang dalam proses kuarantin kerana kawasan berhampiran di lokasi pengambaran terdapat kes positif Covid-19.

"Saya tak positif, saya cuma perlu kuaratin.

"Sebab sekarang ada kes kuarantin berdekatan kami sebab itu kami perlu dikuarantin beberapa hari," ujarnya.

Selain Nabila, antara pelakon lain terlibat dalam projek filem terbaharu Telaga Suriram arahan Osman Ali itu adalah Ellie Suriaty, Maya Karin dan Scha Al-Yahya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Nabila huda, perlis, makanan, live, Covid-19, sinus