Dilamun cinta turunkan tekanan darah


  • Sihat
  • Jumaat, 11 Feb 2022

DILAMUN cinta boleh menurunkan tekanan darah. — The Star

HARI kekasih tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Tahukah anda, dilamun cinta boleh menurunkan tekanan darah.

Banyak kajian menunjukkan orang yang bahagia dalam perkahwinan cenderung mempunyai paras tekanan darah yang rendah.

Menurut satu kajian yang diterbitkan pada 2008 dalam jurnal Annals of Behavioral Medicine, pasangan berkahwin yang memiliki hubungan berkualiti tinggi (berkasih sayang) mempunyai tahap tekanan darah yang lebih rendah daripada orang dalam hubungan berkualiti rendah.

Dalam analisis risiko penyakit kardiovaskular oleh American College of Cardiology, pasangan suami isteri di bawah umur 50 cenderung mempunyai 12 peratus lebih rendah risiko penyakit jantung, manakala pasangan berumur 51 hingga 60 tahun mempunyai risiko tujuh peratus lebih rendah daripada rakan sejawat mereka.

Walaubagaimanapun, bukan ikatan perkahwinan yang menjadi keutamaan tetapi kualiti sesebuah perkahwinan itu.

Pada 2015, Universiti Michigan menjalankan kajian terhadap 1,300 pasangan selama enam tahun.

Hasil kajian mendapati bahawa apabila seorang isteri tertekan, tekanan darah sistolik suaminya akan meningkat.

Jika kedua-dua pasangan berpendapat perkahwinan mereka tidak bahagia, tekanan darah suami akan meningkat lebih tinggi.

Bacaan tekanan darah isteri adalah tinggi jika hubungan tidak berjalan lancar.

Namun, ia cenderung menurun jika suami lebih tertekan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram