SIAPA kata lelaki berkulit gelap tidak mampu memikat hati wanita? Jangan risau kerana sebenarnya lelaki berkulit gelap ini masih menjadi tumpuan golongan hawa.
Berkongsi rasa yang sama, pelakon dan pengacara popular di Indonesia, Soraya Rashid, 24, memberitahu yang dia sememangnya mengimpikan lelaki berkulit gelap sebagai calon suaminya.
Menurut Soraya, buat masa ini ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya tetapi dia masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjalinkan hubungan yang serius.
Ketika ditanya sama ada dia memilih lelaki yang berkulit cerah dan tampan sebagai kriteria calon suaminya, Soraya menafikan kenyataan itu.
"Saya sebenarnya lebih tertarik dengan lelaki yang berkulit hitam manis.
"Lagipun, fizikal seseorang itu tidak penting kerana apa yang sepatutnya dinilai adalah sikap lelaki itu berbanding paras rupa.
"Kalau saya rasa selesa dengan lelaki itu disebabkan sikap dan keperibadiannya, maka itulah calon yang akan dipilih sebagai suami," katanya.
Terdahulu, Soraya dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya pada 2022 dan sempat memberitahu yang umurnya sudah terlalu tua untuk terus berada dalam fasa bercinta.
Menurut Soraya, dia ingin berkahwin cepat kerana mahu menimang anak di usia yang muda.
"Saya pun sudah memaklumkan kepada ibu bapa mengenai hasrat saya untuk berkahwin dan mereka juga menyatakan rasa yang sama.
"Malah, mereka juga sudah tidak sabar untuk menimang cucu," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram