
SELEBRITI dan komposer, Simon Cowell dilaporkan terlibat dalam kemalangan pada 27 Januari lepas dan ramai yang mengatakan dia 'bertuah' kerana masih hidup selepas insiden itu.
Juri program realiti X-Factor itu terlibat dalam kemalangan di Barat London, Britain ketika sedang menaiki basikal elektrik dan dikejarkan ke hospital baru-baru ini.
Lapor media tempatan, keadaan Cowell dikhabarkan teruk dan dilaporkan mengalami gegaran otak dan patah tangan.
Kemalangan itu juga merupakan yang kedua menimpanya dalam tempoh 18 bulan selepas insiden di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Menurut sumber, Cowell bertuah kerana masih hidup.
βDia sedang mengayuh basikal elektriknya sebelum roda tiba-tiba tercabut selepas terlanggar lubang yang dipenuhi air.
"Dia tergelincir dan tercampak ke tengah jalan," kata sumber itu.
Walaupun terlibat dalam dua kemalangan membabitkan basikal elektrik, ikon muzik itu dilaporkan berkata, dia tidak akan serik untuk menunggang kenderaan itu lagi.
Sumber turut memberitahu bahawa Cowell 'baik-baik saja' dan sudah kembali ke rumah.
Dalam kemalangan terakhirnya baru-baru ini, Cowell patah tulang belakang dan kemudian mendedahkan bahawa dia tidak akan mengubah apa-apa mengenainya,
"Saya tidak kisah kemalangan kerana aktiviti berbasikal adalah masa paling kreatif walaupun ia hanya basikal elektrik. Saya masih dapat mengayuh sejauh kira-kira 16 kilometer sehari.
"Itu lebih kepada bukan basikal elektrik biasa, ini dipanggil basikal bantuan pedal dan ia sangat hebat dan lebih baik kerana saya lebih banyak bersenam.
"Sejujurnya, jika saya boleh undur kembali masa, saya akan melalui semua perkara itu sekali lagi. Hanya kerana saya berasa lebih baik sekarang. Ya, walaupun ia menyakitkan seperti neraka pada masa itu," ujarnya. β Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram