Baru berusia 16 tahun, anak Jamal Abdillah sudah miliki dua kedai


  • Hiburan
  • Rabu, 02 Feb 2022

ZAKI Yamani sedang merancang untuk membuka cawangan baharu kedainya di Shah Alam, Selangor.

BARU berusia 16 tahun, anak kepada Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani kini sudah bergelar 'tauke' dua buah kedai makan dan bakal membuka kedai ketiganya tidak lama lagi.

Baru membuka kedai keduanya di Kajang, Selangor, Zaki berharap yang kedai yang dinamakan Ngopi Dulu Yop itu akan membantu ibunya menjana pendapatan keluarga.

"Perniagaan ini mula beroperasi sejak dua bulan lalu dengan menyediakan menu makanan segera inspirasi dari Korea Selatan dan juga minuman berasaskan kopi.

"Memandangkan ibu dah tak bekerja dan saya pun tak boleh nak harapkan duit show semata-mata, maka timbul idea untuk berniaga.

"Hampir setiap hari saya berada di kedai selepas tamat sesi persekolahan. Alhamdulillah, makanan dan minuman yang dijual mendapat sambutan baik daripada pelanggan," katanya kepada Majoriti.

Sementara itu, anak kepada Raja Pop itu berasa bangga apabila impiannya untuk memiliki perniagaan sendiri dimakbulkan.

Malah dia turut merancang untuk menambah cawangan dan kiosk jualan di beberapa kawasan lain, di samping memberi ruang kepadanya untuk meneroka cabang perniagaan baharu.

"Sekarang ini saya dah buka dua cawangan iaitu di Kajang dan Setapak, Kuala Lumpur. Insya-ALLAH tak lama lagi cawangan ketiga di Shah Alam akan dibuka," katanya berkongsi rasa bangga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram