FAM senarai lima pemain baharu skuad B-23


  • Podium
  • Selasa, 01 Feb 2022

BRAD Maloney memanggil lima pemain baharu bagi menyertai kem latihan pusat pasukan B-23 kebangsaan. — Facebook

DUA pemain dari Negeri Sembilan, A. Selvan dan N. Javabilaarivin dilapor akan menyertai skuad B-23 kebangsaan bermula Selasa untuk Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja.

Perkara itu dikongsi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyatakan bahawa Ketua Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan, Brad Maloney telah memanggil lima pemain baharu bagi menyertai kem latihan pusat pasukan berkenaan.

Selain Selvan dan Javabilaarivin, tiga lagi pemain yang dinyatakan adalah K. Thivandaran, Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Muhammad Najmuddin Akmal.

Ketiga-tiga pemain itu dimaklumkan telah memulakan latihan bersama skuad B-23 kebangsaan pada 27 dan 28 Januari 2022.

"Ketua Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan, Brad Maloney telah memanggil lima pemain baharu bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya B-23 menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari 2022.

"Tiga pemain yang berada di dalam senarai bersedia, K. Thivandaran, Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Muhammad Najmuddin Akmal telah memulakan latihan bersama skuad B-23 kebangsaan pada 27 & 28 Januari lalu manakala dua pemain baharu dari Negeri Sembilan FC, A. Selvan serta N. Javabilaarivin akan menyertai pasukan bermula hari ini.," kongsinya dalam ciapan di akaun rasmi laman sosial Facebook pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram