Celine Dion masih sakit, terpaksa batal konsert


  • Hiburan
  • Selasa, 18 Jan 2022

DION berharap supaya kondisinya bertambah baik untuk meneruskan konsert jelajahnya. — Agensi

PENYANYI, Celine Dion membatalkan baki pertunjukan jelajah di Utara Amerika Syarikat (AS) yang tertunda kerana masalah kesihatan yang disebabkan oleh kekejangan otot yang "teruk dan berterusan".

Bintang Kanada itu melengkapkan 52 konsert jelajah dunia Courage sebelum wabak Covid-19 melanda pada Mac 2020, dan menjadualkan semula beberapa pertunjukkan pada tarikh untuk Mac dan April 2022.

Bagaimanapun, pertunjukannya di AS dan Kanada terpaksa dibatalkan kerana penyanyi berusia 53 tahun itu perlu menjalani pemulihan yang mengambil masa lebih lama daripada yang dia harapkan.

Dalam ciapan di laman sosial Twitter, Dion berkata dia berharap supaya kondisinya bertambah baik dan ketika ini dia hanya boleh bersabar dan mengikut nasihat doktor.

"Terdapat banyak penganjuran dan persediaan yang dilakukan dalam rancangan kami, jadi kami perlu membuat keputusan hari ini yang akan menjejaskan rancangan dua bulan lagi,"

"Saya sangat gembira untuk kembali sihat sepenuhnya, serta kita semua dapat melepasi wabak ini, dan saya tidak sabar untuk kembali ke pentas lagi," katanya.

Tambahnya lagi dia sangat terharu dengan semua kata-kata semangat daripada peminat di media sosial.

"Saya rasa kasih sayang dan sokongan anda dan ia bermakna dunia buat saya." ujarnya.

celine dion twitter

Dion turut memberitau pasukan perubatannya akan terus menilai dan merawat keadaannya.

Terdahulu, Oktober tahun lalu, Dion mengumumkan dia menangguhkan persembahan di Las Vegas kerana penyakit itu.

Berita baik untuk peminat Britain ialah pusingan jelajah Eropah masih dijadualkan berlangsung, bermula pada 25 Mei 2022 di Birmingham. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Celine Dion, sakit, konsert, jelajah, AS, Eropah, batal