'Bath bomb' berisiko rosakkan faraj


  • Sihat
  • Isnin, 17 Jan 2022

SEBIJI bath bomb dipenuhi dengan pewangi dan bahan toksik yang boleh membahayakan kesihatan faraj. — Gambar hiasan/Agensi

PENGGUNAAN bath bomb ketika mandi sudah menjadi satu trend masa kini terutamanya dalam kalangan wanita.

Namun, amalan berkenaan dikatakan mampu menyebabkan alat kelamin wanita dijangkiti bakteria berbahaya.

Menurut syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, WeThrift, sebiji bath bomb dipenuhi dengan pewangi dan bahan toksik yang boleh membahayakan kesihatan faraj.

Ini kerana, membran mukus sensitif di bahagian vulva berisiko terdedah kepada bahan-bahan yang terdapat dalam bath bomb.

Jelasnya, penggunaan bath bomb boleh mengganggu keseimbangan pH faraj, mengakibatkan kesakitan dan kerengsaan seperti jangkitan yis atau vaginosis bakteria.

Tahap pH faraj yang seimbang, iaitu sekitar 3.8 dan 4.5, membantu menangkis patogen yang menyebabkan jangkitan bakteria.

Apabila tahap pH terganggu, ia akan menyebabkan iritasi atau kegatalan pada faraj, serta meningkatkan risiko keputihan.

Selain itu, bath bomb yang dipenuhi dengan bahan-bahan berkilauan yang kecil boleh menyebabkan lapisan faraj luka, meningkatkan lagi risiko jangkitan kuman.

Bagaimanapun, menurut syarikat berkenaan, tidak semua bath bomb adalah bahaya dan sebab itulah pengguna dinasihatkan supaya memilih yang benar-benar berkualiti dan tidak mempunyai bahan-bahan berbahaya seperti pewangi atau pewarna tambahan.

Selain itu, pengguna dinasihatkan supaya tidak menggunakan bath bomb yang mempunyai bahan berkilauan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pendarahan pada faraj.

Terdapat bath bomb yang direka khas untuk menjaga kesihatan faraj yang bebas daripada bahan kimia, dan menggunakan wangian yang selamat untuk kulit sensitif. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bath bomb, mandi, faraj, kesihatan, wanita