Ini tekniknya elak kesan gincu pada pelitup muka


  • Sihat
  • Jumaat, 26 Nov 2021

PEMAKAIAN gincu boleh meninggalkan kesan pada pelitup muka apabila dipakai terlalu lama. — Agensi

MESKIPUN masyarakat dunia mula menjadikan pemakaian pelitup muka sebagai norma baharu ketika pandemik Covid-19, namun ini bukan bermakna kaum wanita perlu meninggalkan dunia kecantikan terutamanya pemakaian gincu.

Pemakaian gincu boleh meninggalkan kesan atau bekas pada pelitup muka apabila ia dipakai terlalu lama.

Kali ini, kaum wanita tidak lagi perlu khuathir untuk mengenakan solekan pada bibir kerana ia boleh diatasi dengan cara olesan gincu yang betul.

images

Skrub bibir menggunakan gula pasir boleh digunakan bagi membuang kulit mati, sekaligus melembabkan bibir. —Agensi

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memastikan bibir anda licin dan tidak merekah, dengan menjadikan gula pasir sebagai skrub.

Ambil beberapa cubit gula pasir dan gosokkan pada bibir anda bagi membuang kulit mati, sebelum bibir dibersihkan dengan tisu basah.

Setelah itu, oleskan pelembap bibir untuk memastikan bibir anda sentiasa lembap dan elakkan daripada menjilat bibir kerana tabiat itu akan mengeringkan lagi bibir anda.

Gunakan pensel bibir yang sepadan dengan warna bibir di sekitar bibir anda, namun jangan berlebihan atau gunakan pensel bibir berasaskan minyak.

matte-lipsticks

Gincu Matte kalis air mengurangkan risiko bibir menjadi comot. —Agensi

Ketika membuat pemilihan gincu, elakkan memakai warna yang seakan-akan warna darah dan pilih gincu Matte kalis air, yang mengurangkan risiko bibir menjadi comot.

Tekap sekeping tisu di antara tengah bibir anda untuk mengurangkan lebihan warna dan minyak, selain membantu menjadikan warna gincu tahan lama.

template

Bedak transparan mampu menyerap lembapan yang tidak diperlukan di bibir anda. —Agensi

Gunakan bedak transparan atau translucent powder pada bibir anda untuk menyerap lembapan yang tidak diperlukan dan percayalah, pelitup muka akan berterima kasih selepas itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gincu, pelitup muka, Matte lipstick, minyak,