Lima pelakon tolak, gagal jadi superhero Marvel


  • Hiburan
  • Selasa, 04 Jan 2022

KESEMUA watak dalam filem MCU mendapat peminat yang ramai di seluruh dunia.

TIDAK dinafikan, hampir setiap pelakon yang memegang watak adiwira dalam filem Marvel pasti akan dikenali di seluruh dunia.

Ini kerana filem tersebut sering menjadi tumpuan termasuklah yang terbaharu iaitu Spiderman: No Way Home yang berjaya mengutip jumlah tontonan tinggi walaupun dunia masih berdepan pandemik Covid-19.

Namun, pelakon adiwira Marvel sekarang bukanlah pilihan yang pertama dan berikut Majoriti senaraikan lima pelakon yang menolak tawaran untuk bersama Marvel Cinematic Universe (MCU).



Emily Blunt

Emily Blunt sebelum ini ditawarkan untuk menjadi watak Black Widow dan sepatutnya dia juga sepatutnya menjadi karakter utama untuk filem Iron Man 2 dan Captain America: The First Avenger.

Namun, pelakon wanita ini terpaksa menolak tawaran menyertai MCU disebabkan jadual penggambaran yang padat.

Blunt turut memaklumkan yang dia tidak pernah menyesal dengan keputusan menolak watak Black Widow.



Tom Cruise

Sebelum Robert Downey Jr, pelakon kacak, Tom Cruise yang sepatutnya melakonkan watak adiwira popular, Iron Man.

Malah, penerbit MCU, Kevin Feige juga dikatakan sudah bertahun-tahun merancang untuk mengambil Cruise sebagai Iron Man.

Namun, Cruise menolak tawaran itu kerana memikirkan dia akan terikat dengan karakter tersebut.



John Krasinski

John Krasinski sepatutnya memegang watak Captain America namun menolak tawaran tersebut kerana sedang sibuk dengan kerjaya baharunya sebagai pengarah.

Krasinski juga mengakui yang dia tidak pernah marah kerana gagal memegang watak adiwira itu kerana yakin mampu berjaya sebagai seorang pengarah.



Jason Momoa

Alasan yang diberikan oleh Jason Momoa untuk menolak watak Drax dalam filem Guardians Of The Galaxy sebenarnya sangat pelik.

Ini kerana, dia merasa tidak selesa untuk melakonkan watak yang memerlukannya tidak berbaju sepanjang masa.

Namun, apa yang pelik selepas itu ialah dia menerima watak sebagai Aquaman yang juga tidak berbaju.



Alexander Skarsgard

Alexander Skarsgard sebenarnya begitu teringin untuk memegang watak Thor dan sempat menghadiri sesi ujibakat.

Malah, pelakon filem The Legend Of Tarzan ini juga sempat mencuba kostum pahlawan yang sepatutnya dipakai.

Namun, di hujung sesi uji bakat, dia ditewaskan oleh Chris Hemsworth (kini memegang watak Thor) dan Skarsgard berkata, dia tidak berkecil hati malah gembira kerana dapat hadir ke sesi ujibakat tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram