Spider-Man: No Way Home ungguli carta filem box office 2021


  • Hiburan
  • Selasa, 28 Dis 2021

FILEM Spider-Man: No Way Home belum ditayangkan di China. — Agensi

FILEM Spider-Man: No Way Home meraih gelaran filem dengan kutipan tertinggi pada 2021 mendahului filem epik Perang Korea, The Battle of Lake Changjin dengan kutipan $905 juta (RM3.78 billion) di seluruh dunia.

Filem terakhir yang memperoleh kutipan lebih daripada $1 billion (RM4.18 billion) ialah Star Wars: The Rise of Skywalker pada 2019.

Setelah itu, tiada produksi Hollywood lain yang hampir mencapai pencapaian box office itu sejak wabak Covid-19 bermula dua tahun lalu.

Sehingga Ahad, kutipan box office global untuk filem Marvel Cinematic Universe terbaharu mencecah $1.05 billion (RM4.39 billion).

Filem terbitan bersama antara Sony dan Disney itu mencapai kejayaannya kurang daripada dua minggu selepas tayangan perdana walaupun varian Omicron bagi Covid-19 merebak dengan pantas ke seluruh dunia.

Filem ini belum ditayangkan di China, yang kini merupakan pasaran pawagam terbesar di dunia.

Spider-Man: No Way Home menyaksikan Tom Holland kembali sebagai Peter Parker bersama MJ (Zendaya) dan Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange.

Pada 2019, Spider-Man: Far From Home adalah filem Spider-Man pertama yang mencecah kutipan $1 billion (RM4.18 billion) di box office dan kini merupakan filem dengan kutipan tertinggi dalam francais dengan $1.132 billion (RM4.74 billion) dalam jualan tiket global.

Dalam sekuel itu (Far From Home), penjahat, Mysterio membuka topeng Parker sebelum dia mati.

Siri ini adalah kerjasama antara Disney's Marvel Studios dan Sony.

Pada 2015, Disney, Marvel Studios dan Sony bersetuju untuk berkongsi hak filem Spider-Man, yang membawa kepada kemunculan pelakon baharu watak itu.

Produksi mereka juga disepadukan kepada Marvel Cinematic Universe.

Sebelum filem No Way Home, filem James Bond terbaharu MGM, No Time to Die, yang meraih $774 juta (RM3.23 billion) di box office dan menjadi filem Hollywood dengan kutipan tertinggi pada 2021 ketika itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Spiderman, no way home, box office, dunia