Salman Khan dipatuk ular, terima rawatan enam jam


  • Hiburan
  • Isnin, 27 Dis 2021

SALMAN dipatuk ketika cuba mengeluarkan ular itu daripada rumah ladangnya di kawasan Panvel berhampiran Navi Mumbai. — Agensi

BINTANG filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di hospital.

Kejadian berlaku ketika pelakon itu cuba mengeluarkan ular itu daripada rumah ladangnya di kawasan Panvel berhampiran Navi Mumbai.

"Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakan kayu, ia menjalar ke tangan saya. Dan ketika cuba menangkapnya, ia mematuk saya tiga kali," kata Salman kepada pemberita selepas keluar dari hospital.

Pelakon berusia 56 tahun itu berkata beliau diberi rawatan antivenom ular dan berada di hospital selama enam jam.

Salman membintangi banyak filem blokbuster sepanjang tiga dekad kerjaya hiburannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Salman Khan, Bollywood, dipatuk ular, hospital,