RASANYA lebih separuh rakyat Malaysia mengamalkan makan ubat cecair dengan menggunakan sudu makan.
Langkah itu bukan sahaja mudah, tetapi kita sudah terbiasa sejak dari kecil lagi untuk makan ubat cecair dengan menggunakan sukatan sudu makan.
Ada yang lebih teruk, menggunakan kaedah makan ubat dengan menghirup terus daripada botol tersebut terutamanya melibatkan ubat batuk.
Menurut satu artikel yang disunting pakar, memakan ubat dengan menggunakan sudu boleh meningkatkan risiko kepada pesakit khususnya kanak-kanak memakan ubat dengan dos yang kurang tepat.
Ada sebuah kajian tentang cara makan ubat yang betul telah dijalankan oleh pihak New York University dan melibatkan 2,096 ibu bapa bersama anak mereka.
Menerusi kajian tersebut, ibu bapa akan disediakan dengan ubatan dan variasi alatan bantuan sukatan untuk diberikan kepada anak mereka yang sedang sakit.
Sebelum ubat akan diberikan, kesemua ibu bapa itu telah membaca label ubatan tersebut terlebih dahulu merupakan satu langkah awal yang sangat tepat.
Namun, ramai daripada mereka yang cenderung menggunakan sudu sebagai alatan bantuan sukatan dan lebih mengejutkan adalah sudu-sudu terbabit berbeza.
Ini kerana, sudu itu sendiri datangnya daripada pelbagai jenis, bentuk serta saiz dan telah menimbulkan satu kekeliruan yang akan menjejaskan kesihatan anak mereka.
Sebenarnya, alat bantuan sukatan yang betul untuk memakan ubat adalah dengan menggunakan picagari, cawan ubat khas atau sudu ubat khas.
Kesemua alat itu sebenarnya sudah disertakan oleh hospital atau farmasi dan jika tidak, kita boleh meminta pihak tersebut memberikan alatan itu.
Cuma, jika tidak mempunyai sebarang alat tersebut tetapi terpaksa memakan ubat dengan segera bagaimana pula?
Jangan risau, ambil sahaja sebarang alat sukatan yang mempunyai label ukuran mililiter (ml) kerana itu adalah unit ukuran ubatan yang umum.
Boleh juga gunakan botol susu untuk mengukur ubat.
Apa yang penting, buang sifat 'agak-agak' untuk mengambil ubat kerana terlebih dos atau terkurang dos hanya akan memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram