Asal usul Broga sempena nama raksasa


  • Hobi
  • Isnin, 27 Dis 2021

BUKIT Broga yang namanya diambil sempena nama raksasa Buragas turut dikenali sebagai Bukit Lalang di kalangan penduduk tempatan. — The Star

LEGENDA mengatakan bahawa asal usul nama Broga, sebuah pekan yang terletak di Semenyih, bersempadan antara Negeri Sembilan dan Selangor, diambil sempena nama raksasa mitos.

Broga dinamakan sempena nama Buragas iaitu makhluk dongeng yang tinggal di dalam hutan.

Memandangkan Buragas tidak begitu terkenal dalam cerita rakyat Melayu, maklumat mengenainya adalah terhad.

Buragas dikatakan merupakan raksasa yang sangat besar, ganas, dan sesekali ia keluar mandi di kawasan air terjun berhampiran.

Pekan Broga terletak di banjaran Titiwangsa dan terkenal dengan Bukit Broga.

Pendaki kebiasaannya mula mendaki bukit Broga pada awal pagi untuk menikmati keindahan pemandangan matahari terbit yang sangat menakjubkan dari puncak.

Bukit Broga terletak pada ketinggian kira-kira 400 meter dari aras laut dan turut dikenali sebagai Bukit Lalang dalam kalangan penduduk tempatan kerana banyak rumput tinggi dan lalang yang tumbuh di situ.

Kisah asal usul mukim Semenyih pula sempena perkataan 'semunyi' daripada dialek Minangkabau yang bermaksud sembunyi dalam bahasa Melayu.

Diceritakan bahawa kawasan itu merupakan tempat askar yang kalah dalam peperangan datang bersembunyi.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram