PENDUDUK di Semenyih, Selangor amat kecewa dengan khidmat pelanggan dan kualiti makanan di sebuah cawangan restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di daerah itu.
Ramai di antara mereka meluahkan rasa kesal tentang perkara itu di laman sosial terutama di Facebook Kami Penduduk Semenyih.
Rata-rata mereka menyatakan bahawa kualiti makanan di restoran yang difahamkan terletak di Taman Pelangi, Semeyih itu.
Seorang pengguna Facebook, Kasih Laila berkongsi rasa kecewanya dengan makanan yang dipesan di KFC itu yang katanya kurang memuaskan.
Dia yang membeli makanan segera itu dengan niat untuk menjamu anak dan anak saudaranya memberitahu ayam goreng itu mempunyai rasa hangit dan kemungkinan di goreng menggunakan minyak lama.
"Hari ini saya beli set family sumpah cakap ayam dia tak rasa KFC, rasa hangit dan mungkin pakai minyak yang tidak ditukar.
"Anak saya cakap tidak sedap, malah saya makan juga memang rasa tidak sedap. Kepada pengurus KFC Semenyih, sebaiknya minta kakitangan perbaiki perkhidmatan mereka sebelum saya laporkan pada pihak atasan," kongsinya pada Ahad.
Seorang lagi pengguna, Lydia Allif pula berkongsi gambar makanan yang dibeli di KFC Semenyih.
BEGINILAH rupa burger yang dibeli oleh Lydia. — Facebook
Dia yang membeli burger juga kecewa dengan kualiti makanan yang baru dibelinya.
"Rasa terkilan pula dengan KFC Semenyih, mahu jual elok la sedikit, tengok dan nilai sendirilah dengan roti keras, baru sahaja beli bukan dari tengah hari atau petang," tulisnya.
Sementara itu di Facebook KFC, seorang pengguna, Fairayana Eera pula berkongsi aduan tentang makanan yang dibelinya dan perkhidmatan di KFC tersebut.
Katanya, dia menunggu lama kira-kira 50 minit untuk mendapatkan makanan yana dibelinya tetapi apa yang diterima adalah ayam berbau yang digoreng minyak lama.
"Berapa lama tak tukar minyak, bau minyak lama busuk gila, rasa pahit kelat minyak lama, tiada rasa ayam KFC langsung..tak boleh nak telan.
"Sudah banyak kali buat aduan tetapi tiada perubahan," tulisnya.
Majoriti cuba mendapatkan penjelasan daripada KFC cawangan tersebut tetapi masih belum ada jawapan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram