Blackpink bakal berkubur tahun depan


  • Hiburan
  • Sabtu, 25 Dis 2021

BLACKPINK dijangka tenggelam dengan kemunculan kumpulan K-Pop yang lebih muda. — Agensi

JANGKA hayat kumpulan K-Pop, Blackpink yang popular dan mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia dijangka berkubur pada tahun depan.

Perkara itu dijangka berlaku susulan kontroversi drama berjudul Snowdrop yang dianggotai Jisoo (anggota Blackpink) dan ditambah pula dengan kemunculan kumpulan K-Pop yang baharu di bawah agensi YG.

Jisoo kini menjadi perhatian netizen kerana terlibat dengan Snowdrop yang mendapat kecaman rakyat Korea kerana drama itu didakwa memutar belitkan sejarah yang ada.

143428ab5a6d4b9dbf16f6db7bc87f0c

JISOO mendapat kritikan netizen kerana membintangi drama Snowdrop. — Agensi

Walaupun mendapat tentangan warga Korea, stesen penyiar, JTBC nampaknya terus dijangka tidak mengambil peduli dan akan terus menayangkan drama tersebut sehingga episod akhir.

Disebabkan itu juga, ramai yang kecewa dengan Jisoo apatah lagi dia adalah antara watak utama dalam drama tersebut.

Bukan itu sahaja, anggota Blackpink yang lain juga menjadi mangsa kritikan kerana menyokong karya yang dibintangi Jisoo itu.

Kebanyakan netizen di Korea menegaskan yang mereka akan memboikot Blackpink kerana terlibat dengan secara langsung dengan drama tersebut.

Disebabkan itu juga, ramai yang meramalkan bahawa hayat Blackpink akan berakhir tidak lama lagi kerana kumpulan K-Pop sebelum ini, 2NE1 juga pernah ditimpa nasib yang sama.

2ne1

2NE1 termasuk dibubarkan selepas kes skandal dadah melibatkan seorang daripada anggotanya. — Agensi

Sebelum ini, seorang daripada anggota 2NE1, Park Bom terlibat dengan skandal dadah dan mendapat kritikan netizen sehingga kumpulannya sukar menjalankan aktiviti seni.

Disebabkan tekanan yang melampau daripada netizen, kumpulan itu akhirnya dibubarkan kira-kira dua tahun selepas itu.

Jika diimbas kembali, Blackpink merancang untuk mengeluarkan album pada akhir tahun ini tetapi terpaksa ditunda atas pelbagai alasan.

Kemunculan semula Blackpink juga sepatutnya dirancang pada awal tahun depan namun terpaksa ditunda disebabkan kontroversi melibatkan Jisoo.

Namun, dengan kemunculan kumpulan baharu yang dibentuk YG iaitu agensi yang sama kepada Blackpink, berkemungkinan kumpulan itu akan terus dilenyapkan daripada dunia seni.

Jika itu berlaku, maka Blackpink karma yang sama seperti mana mereka lakukan terhadap 2NE1 dahulu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Hiburan, Kpop, Korea, 2NE1, Blackpink, Jisoo, Park Bom