Naim Daniel kesal sikap pemimpin lebih risaukan PRU-15 berbanding banjir


  • Hiburan
  • Rabu, 22 Dis 2021

NAIM menyifatkan tindakan pemimpin memikirkan tentang PRU-15 ketika rakyat berdepan musibah banjir menunjukkan kepentingan sebenar mereka. — The Star

"JADI sebenarnya, fungsi menteri adalah untuk tidak berfungsi rupanya," demikian perkongsian selebriti, Naim Daniel di Twitternya yang kesal dengan sikap pemimpin di negara ini.

Dalam beberapa perkongsian baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah itu beberapa kali dilihat meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir pemimpin yang disifatkan tidak peka dengan rakyat.

Bukan sahaja menteri, Naim turut berkongsi rasa kesal terhadap ahli politik yang lebih runsing tentang kepentingan diri daripada rakyat yang berdepan musibah.

naim 2

Pada Ahad, peneraju utama filem Siapa Tutup Lampu itu turut berkongsi luahan tentang satu laporan berita berhubung pandangan seorang ahli politik tentang rundingan kerusi Pakatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Berdasarkan perkongsian Naim di laman sosial Twitter, tindakan pemimpin itu memikirkan tentang PRU-15 ketika rakyat berdepan musibah banjir seolah menunjukkan bahawa rakyat bukan kepentingan sebenar pemimpin.

"Ya ALLAH, di saat kami rakyat Malaysia berdepan dengan dugaan banjir yang diturunkan oleh-Mu, kau tunjukkan juga kepada kami warna sebenar diri para pemimpin di negara ini, di mana rasa kepentingan mereka yang sebenarnya," kongsinya.

naim 1

Kedua-dua perkongsian Naim itu turut disokong oleh peminat yang mempunyai pandangan sama tentang sikap segelintir pemimpin yang mementingkan 'kedudukan' daripada nasib yang menimpa rakyat.

Tambahan pula, dalam musim banjir pemimpin tidak kira daripada mana-mana parti sepatutnya perlu bersama membantu rakyat yang ketika ini berdepan musibah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Naim daniel, kesal, pemimpin, Pru-15, banjir, mangsa