Sayunya saksi kucing mati lemas akibat banjir di Hulu Langat


  • Tular
  • Isnin, 20 Dis 2021

GAMBAR kiri merupakan kucing-kucing yang mati lemas terbaring di atas lantai, manakala gambar kanan menunjukkan bangkai kucing berpaut pada papan kayu dipercayai untuk menyelamatkan diri daripada banjir di sebuah rumah dekat Hulu Langat, Selangor.

BANJIR yang melanda negara ketika ini bukan sahaja memusnahkan harta benda serta mencabar kecekalan mental orang ramai, malah haiwan turut tidak terkecuali menjadi mangsa bagi bencana itu.

Baru-baru ini, tular mengenai gambar beberapa kucing ditemui mati akibat bencana itu di dalam sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor.

Menerusi perkongsian seorang pengguna laman Twitter, beliau berkongsi gambar-gambar haiwan yang diterima daripada Pegawai daerah Hulu Langat.

Gambar-gambar berkenaan memaparkan haiwan itu yang tidak dapat diselamatkan turut diselaputi lumpur di lantai rumah terbabit, selain ada yang berpaut pada papan kayu dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada lemas.

Sementara itu, penyanyi Ismail Izzani di laman Instagram turut berkongsi video memaparkan lapan ekor kucing mati lemas akibat banjir di Hulu Langat.

template (30)

TANGKAP layar perkongsian di laman Instagram Ismail Izzani berkaitan kucing lemas akibat banjir.

Dalam video itu, bangkai kucing-kucing berkenaan dikumpulkan dan dibaringkan di atas tempat yang lebih selamat.

Video berkenaan dikongsikan ketika dia dan rakan-rakannya turun padang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Perkongsian video itu mendapat respons simpati daripada orang ramai, malah ada yang mengakui turut mengalirkan air mata melihat nasib malang menimpa makhluk ALLAH itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kucing, lemas, banjir, Hulu Langat, Ismail Izzani