
FILEM terbaru Fast and Furious, Fast and Furious 10, dikatakan bakal menyepi di pawagam sepanjang 2022.
Pihak syarikat produksi, Universal mengumumkan perkara berkenaan dan menyatakan bahawa kesinambungan skuel dalam francais filem aksi popular tersebut ditangguhkan dan bakal ditayangkan pada 19 Mei 2023.
Sebelum ini, filem seram yang dibintangi oleh Vin Diesel dan Sung Kang, dijadualkan untuk ditayang pada 7 April 2023.
Tarikh baharu itu menyebabkan Fast and Furious 10 menganjak slot tayangan sebulan kemudian.
Bagaimanapun, Universal tidak membiarkan ruang kosong dalam jadual tayangan 2023 sia-sia. Syarikat itu semasa pengumuman tarikh baharu Fast and Furious turut mendedahkan bahawa filem animasi DreamWorks (belum didedahkan tajuk) akan menggantikan slot April 2022.
Pada masa ini, tidak dijelaskan mengapa Universal memutuskan untuk memindahkan tarikh tayangan Fast and Furious 10 ke bulan Mei.
Kemungkinan pertukaran tarikh itu dilihat sesuai dengan trend blockbuster musim panas yang menjadi strategi Universal untuk filem terbaru francais popular itu.
Strategi itu juga pernah digunakan untuk fiilem Fast and Furious 9 bertajuk F9: The Fast Saga dan ia terbukti berjaya pada tahun 2021.
F9 meledak kutipan box office, memperoleh lebih $726 juta (RM3.07 bllion) di seluruh dunia dan menjadi salah satu filem dengan kutipan tertinggi pada 2021 selepas filem James Bond No Time to Die yang memperoleh $771 juta (RM3.26 billion) setakat ini.
Disebabkan kejayaan itu, francais Fast and Furious merupakan antara salah satu filem yang menjadi taruhan box office untuk Universal.
Fast and Furious 10 dijangka memulakan penggambaran pada Januari 2022 dan akan menyaksikan pengarah Fast and Furious 9, Justin Lin kembali menerajui produksi filem itu.
Dwayne Johnson mengesahkan bahawa dia tidak akan muncul dalam sekuel yang akan datang, namun bintang lama francais Vin Diesel akan kembali menjadi teraju utama sekali lagi.
Bersama Diesel dalam pelakon untuk filem akan datang ialah Sung Kang, Nathalie Emmanuel, Michelle Rodriguez, Ludacris, Jason Statham, Charlize Theron dan Tyrese Gibson.
Tarikh baharu Fast and Furious 10 pada Mei 2023 memisahkannya dengan filem MCU, Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang dijadualkan dikeluarkan pada 5 Mei 2023 dan adaptasi filem animasi Disney, The Little Mermaid yang akan ditayangkan pada 26 Mei 2023. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram