SEORANG penulis diraja memberi respon berang terhadap komen Putera Harry baru-baru ini bahawa berhenti kerja boleh "memberikan kegembiraan" dan dia berharap putera itu tidak akan menjejakkan kaki lagi di Britain.
Harry baru-baru ini berkata sedemikian pada acara yang dihoskan oleh BetterUp, sebuah firma perundingan berorientasikan kesihatan mental yang dia dilantik sebagai Ketua Pegawai Impak.
Pada majlis itu, Harry memuji orang yang telah berhenti kerja semasa wabak untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mental mereka.
"Ramai orang di seluruh dunia terjebak dalam pekerjaan yang tidak membawa mereka kegembiraan, dan kini mereka mengutamakan kesihatan mental dan kebahagiaan mereka," katanya.
Menerusi satu program televisyen, penulis diraja Christine Hamilton, memberi respon terhadap kenyataan itu dengan nada berang terhadap komen Harry yang juga digelar sebagai Duke of Sussex.
“Sukar untuk mengetahui dan memahami putera manja ini. Apakah kesan daripada apa yang dia katakan kepada orang yang tidak mempunyai pekerjaan? Yang menganggur, kita pertimbangkan sahaja.
“Dia sangat merendahkan orang lain, dia bercakap di tempat yang tinggi dengan segala kuasanya, kekayaannya, keistimewaannya.
"Ia sangat mengejutkan bagaimana dia berani berkata sedemikian. Secara jujur, saya hanya berharap dia tidak akan menjejakkan kaki lagi di negara ini," ujarnya.
Christina bukan satu-satunya orang yang memberi respon negatif terhadap komen Harry. Beberapa reaksi di media sosial juga menggelarkan putera itu sebagai 'out of touch'.
Harry sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila dia mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada tugas-tugas diraja bersama isterinya pada Mac 2020.
Sejak itu dia banyak melibatkan diri dalam perkongsian syarikat termasuk sebuah syarikat 'start-up', BetterUp yang berpangkalan di Silikon Valley pada Mac lalu.
Harry dan Meghan juga mengumumkan penubuhan Yayasan Archwell milik mereka yang turut menandatangani tawaran menarik daripada Netflix dan Spotify.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang tawaran daripada Netflix dan dikhabarkan pasangan itu risau dengan beban kerja yang mendatang jika menerima tawaran itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram