Rihanna kini wirawati negara Barbados


  • Hiburan
  • Selasa, 07 Dis 2021

RIHANNA menyertai kumpulan terpilih 10 rakyat lain yang dilantik sebagai wira dan wirawati negara Barbados. — Agensi

BARBADOS secara rasmi mengisytiharkan penyanyi antarabangsa, Rihanna sebagai wirawati negara itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella atau Diamonds itu dianugerahkan gelaran duta luar biasa dan wakil penuh negara Barbados terhadap pemenang beberapa kali anugerah Grammy itu.

Barbados juga menugaskannya untuk mempromosikan pelancongan dan pendidikan di negara yang teretak di timur Kepulauan Caribbean tersebut.

Menurut Perdana Menterinya, Mia Mottley, Rihanna bukan sahaja mempunyai pencapaian yang luar biasa tetapi dia juga merupakan inspirasi kepada rakyat di Barbados.

"Rihanna menanamkan imaginasi ke dalam dunia melalui usaha mencapai kecemerlangan dengan kreativiti, disiplin dan, terutama sekali, komitmen luar biasa terhadap tanah airnya.

“Bagi pihak negara yang bersyukur dan rakyat yang lebih bangga, kami menghormati Rihanna dengan pelantikan wirawati negara Barbados, sekali gus sebagai duta besar, Robyn Rihanna Fenty,” katanya.

Mottley juga memuji asal usul Rihanna yang sederhana, dilahirkan 33 tahun lalu di Saint Michel dan dibesarkan di ibu kota Bridgetown.

Dengan penganugerahan itu, Rihanna menyertai kumpulan terpilih 10 rakyat lain yang dilantik sebagai wira dan wirawati negara Barbados.

Rihanna membina empayar solekan dan fesyen, sebaris bintang ternama lain seperti Madonna dan Beyonce.

Forbes menganggarkan pada bulan Ogos bahawa pendapatan penyanyi itu bernilai ASD$ 1.7 bilion (RM7.19 bilion), yang mana $ 1.4 bilion (5.92 bilion) diperoleh menerusi syarikat kosmetiknya Fenty Beauty.

Fenty Beauty merupakan syarikat yang diusahakan bersama gergasi fesyen Perancis LVMH.

Dilancarkan pada 2017, Fenty Beauty merupakan jenama produk alat solek terkenal dengan rangkaian pilihan yang sesuai untuk pelbagai warna kulit.

Savage x Fenty, jenama pakaian intim Rihanna turut menyumbang ASD$270 juta (RM1.14 bilion) kepada kekayaannya.

Walaupun dia tidak menghasilkan album sejak 2016, Rihanna terus mengekalkan popularitinya apabila mempunyai lebih 100 juta pengikut di laman sosial Instagram dan Twitter. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram