HOBI lazimnya dilakukan untuk mengisi masa lapang dan kebiasaannya hobi yang dipilih juga adalah untuk memuaskan hati sendiri.
Namun, lima individu ini memiliki hobi yang bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga dilakukan untuk kepentingan orang lain.
1) Membunuh lalat
Warga emas di China ini mempunyai hobi yang unik iaitu membunuh lalat yang mana dia beranggapan membunuh lalat adalah cara yang terbaik untuk membuat dirinya berguna kepada orang lain.
Ruan Tang telah membunuh lalat sejak 14 tahun lalu dan dia telah menghabiskan lapan jam sehari untuk hobinya itu. Kira-kira 1000 lalat sehari yang dia berjaya bunuh dan orang sekelilingnya menganggap Ruan sebagai pahlawan kerana di China lalat dianggap sebagai musuh manusia.
2) Berjalan mundur untuk kedamaian dunia
Pemuda dari India ini mula berjalan mundur sejak 25 tahun yang lalu ekoran dari insiden keganasan yang berlaku di negara itu dan sejak sumpah pertamanya dia berjalan mundur sejauh 300 batu dari kampungnya ke Chennai.
Mani Manithan berkata, selagi dunia yang dia duduki tidak mencapai kedamaian, dia akan terus mempraktikkan kelakuan itu dan sekarang dia boleh berjalan mundur sambil menaiki tangga, menaiki pengangkutan awam serta menjalankan rutin hariannya.
3) Membina rumah untuk gelandangan daripada hobi kumpul barang terpakai
Gregory Kloehn cuba menggunakan bahan buangan yang tidak lagi digunakan untuk membuat rumah kecil bagi gelandangan di bandar tempat tinggalnya di California, Amerika Syarikat dan projek amal yang diusahakan itu dipanggil Homeless Homes Project.
Lelaki berumur 43 tahun itu merupakan seorang pengukir profesional dan dia memerlukan dua hingga tiga hari untuk membuat rumah kecil bagi gelandangan.
4) Mengolah sampah jadi robot
Pekerja di tapak pelupusan barang bekas di China telah berjaya menukar sampah logam yang terletak di sekitar tempat kerja mereka menjadi replika Transformers bersaiz sebenar.
Li Hung, 21, adalah orang pertama membina Transformesr daripada besi buruk yang bertaburan di tempat kerjanya. Bersama pasukannya yang terdiri daripada pelajar dan juga bekerja sambilan di tempat pembuangan sampah, dapat membina lebih daripada 40 Transformers dalam masa empat bulan.
5) Membuat manusia salji yang menjadi tarikan pelancong
Seorang petani dari Gilman, Minnesota, Amerika Syarikat, berjaya membina manusia salji gergasi setinggi 15.2 meter.
Greg Novak mencetuskan idea itu pada akhir Januari 2021, apabila dia mengalihkan timbunan salji yang besar untuk mengelakkan bumbung rumah hijaunya runtuh. Dia membina manusia salji dalam masa 5 minggu.
Hobi sememangnya untuk kepuasan diri sendiri namun jika hobi yang dilakukan berfaedah untuk orang lain, sudah pasti ia amatlah digalakkan untuk dilakukan selagi hobi itu tidak menganggu ketenteraman orang awam. — Agensi

RUAN Tang sedang memukul lalat

KELAKUAN Mani yang sedang berjalan mundur
Pemuda dari India ini mula berjalan mundur sejak 25 tahun yang lalu ekoran dari insiden keganasan yang berlaku di negara itu dan sejak sumpah pertamanya dia berjalan mundur sejauh 300 batu dari kampungnya ke Chennai.
Mani Manithan berkata, selagi dunia yang dia duduki tidak mencapai kedamaian, dia akan terus mempraktikkan kelakuan itu dan sekarang dia boleh berjalan mundur sambil menaiki tangga, menaiki pengangkutan awam serta menjalankan rutin hariannya.
3) Membina rumah untuk gelandangan daripada hobi kumpul barang terpakai
GREGORY sedang mengumpul barang terpakai untuk membuat rumah kecil
Gregory Kloehn cuba menggunakan bahan buangan yang tidak lagi digunakan untuk membuat rumah kecil bagi gelandangan di bandar tempat tinggalnya di California, Amerika Syarikat dan projek amal yang diusahakan itu dipanggil Homeless Homes Project.
Lelaki berumur 43 tahun itu merupakan seorang pengukir profesional dan dia memerlukan dua hingga tiga hari untuk membuat rumah kecil bagi gelandangan.
4) Mengolah sampah jadi robot
REPLIKA Transformer yang dibuat oleh pekerja tapak pelupusan barang
Pekerja di tapak pelupusan barang bekas di China telah berjaya menukar sampah logam yang terletak di sekitar tempat kerja mereka menjadi replika Transformers bersaiz sebenar.
Li Hung, 21, adalah orang pertama membina Transformesr daripada besi buruk yang bertaburan di tempat kerjanya. Bersama pasukannya yang terdiri daripada pelajar dan juga bekerja sambilan di tempat pembuangan sampah, dapat membina lebih daripada 40 Transformers dalam masa empat bulan.
5) Membuat manusia salji yang menjadi tarikan pelancong
SIJIL gergasi hasil Greg menggembirakan pelancong
Seorang petani dari Gilman, Minnesota, Amerika Syarikat, berjaya membina manusia salji gergasi setinggi 15.2 meter.
Greg Novak mencetuskan idea itu pada akhir Januari 2021, apabila dia mengalihkan timbunan salji yang besar untuk mengelakkan bumbung rumah hijaunya runtuh. Dia membina manusia salji dalam masa 5 minggu.
Hobi sememangnya untuk kepuasan diri sendiri namun jika hobi yang dilakukan berfaedah untuk orang lain, sudah pasti ia amatlah digalakkan untuk dilakukan selagi hobi itu tidak menganggu ketenteraman orang awam. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram