Bermula dengan minat, kini jadi jurulatih profesional senjata api


  • Hobi
  • Selasa, 02 Nov 2021

MONA berharap dapat beraksi pada Sukan Olimpik suatu hari nanti. — Agensi

MONA Al-Khurais meminati senjata api sejak kecil ketika bapanya membawanya memburu di Arab Saudi serta mengajarnya cara menembak.

Lima tahun lalu, dia mengubah minat itu menjadi profesionnya apabila menerima bimbingan dan tunjuk ajar di di Arab Saudi dan luar negara untuk menjadi jurulatih senjata api berlesen.

Wanita berusia 36 tahun itu kini mengajar menembak di lapangan tembak Top Gun di Riyadh, dengan semakin ramai wanita menyertai kelasnya.

"Saya sangat gembira apabila mengamalkan minat dan hobi saya sebagai jurulatih dan pegawai keselamatan jarak jauh.

"Semoga saya dapat berkongsi pengalaman saya dengan gadis-gadis Arab Saudi dan menggalakkan mereka menceburi bidang sukar ini yang sebelum ini dikhususkan untuk lelaki," katanya.

Mona adalah salah seorang peserta yang membuat pertunjukan Falconry dan Hunting Saudi, iaitu sebuah pameran tahunan Riyadh yang menampilkan pengeluar yang pakar dalam senjata memburu.

Peserta pameran itu membuat pertunjukan pistol, senapang penembak tepat, senapang memburu dan senjata separa automatik serta peralatan memburu.

Pengunjung yang mempunyai lesen senjata juga boleh membeli senjata yang dipamerkan.

Pada masa sama, Mona berkata, pada mulanya dia menghadapi masalah bekerja dalam persekitaran yang didominasi oleh kaum lelaki.

"Kesukaran yang saya hadapai ialah menerima kritikan daripada wanita. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan kerana saya menjangkakannya daripada lelaki," katanya.

Apabila lebih ramai gadis dan wanita belajar mengendalikan senjata, Mona berharap sikap mereka akan berubah sekaligus dia boleh memberi inspirasi kepada mereka.

"Matlamat saya adalah satu hari untuk menyertai Sukan Olimpik," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

penembak, Arab Saudi, senjata api