FANDOM atau peminat bagi sesebuah kumpulan adalah aset penting yang menunjukkan tahap populariti dalam industri K-Pop.
Peminat bagi sesuatu kumpulan boleh dikenal pasti menerusi light stick yang dimiliki mereka.
Light stick hanyalah aksesori konsert yang direka khas untuk artis tertentu dan boleh digunakan peminat bagi menunjukkan sokongan kepada artis terbabit semasa membuat persembahan.
Light stick selalunya mempunyai sambungan bluetooth dan boleh dikawal oleh pegawai konsert untuk mencipta kesan cahaya yang cantik seperti 'BTS Ocean'.
Berikut adalah 10 light stick K-Pop tercantik sepanjang zaman tanpa mengikut susunan tertentu.
1. SEVENTEEN
Caratbong Versi 2 sudah pasti merupakan light stick yang sangat comel dan digemari. Reka bentuknya ringkas dan tidak terlalu mencolok mata. Boleh juga dijadikan sebagai hiasan.
Light stick Caratbong Versi 2 buat peminat Seventeen. — Agensi
2.DREAMCATHER
Reka bentuk light stick dari kumpulan Dreamcatcher diperoleh daripada semangat kerohanian dan alt-rock kumpulan ini, yang menjadikannya lebih sempurna.
Light stick dari kumpulan Dreamcatcher. — Agensi
Ada beberapa versi light stick lain, namun ini adalah antara yang terunik dan sesuai untuk kumpulan ini.
3. BIG BANG
Siapa yang boleh melupakan light stick Bang Bong yang ikonik, kerana ia menjadi salah satu light stick paling popular sepanjang zaman.
Light stick dari Big Bang sering dikredit sebagai kumpulam yang pertama kali memulakan trend ini. —Agensi
Malah, Big Bang sering dikreditkan kerana memulakan trend light stick. Mana-mana konsert Big Bang berubah menjadi menjadi ladang bunga dengan reka bentuk mahkota bunga yang comel ini.
Bang Bong versi 4 khususnya sangat cantik dengan warna yang kontra.
4. DAY6
Kumpulan DAY6 mengambil pendekatan berbeza terhadap peminatnya, apabila mereka memperkenalkam gelang cahaya (light bands) dan bukannya light stick seperti kumpulan lain.
Day6 membuat kelainan buat fandomnya apabila menampilkan light band bagi memudahkan pergerakan ketika konsert. — Agensi
Ini membolehkan tangan peminat kekal bebas dan boleh menikmati konsert tanpa bimbang mengenai kehilangan light stick.
5. GOT7
Reka bentuk burung light stick milik GOT7 ini diinspirasikan menerusi nama fandom mereka iaitu iGOT7 atau AHGASE, yang bermaksud burung.
Hijau merupakan warna rasmi bagi kumpulan GOT7. —Agensi
Reka bentuk light stick yang halus dan comel ini membuatkan kumpulan ini dekat dengan hati peminat, ditambah pula dengan warna hijau yang merupakan warna rasmi GOT7.
6.TXT
Reka bentuk light stick TXT yang seperti konsol handheld Game Boy zaman sekolah berserta warna-warni ini mudah menarik perhatian.
Reka bentuk light stick milik kumpulan TXT ini seperti Game Boy. —Agensi
Apa yang lebih menarik, ia kelihatan sama cantik apabila dihidupkan ketika konsert atau pun semasa ia tidak digunakan.
7. WonHo
Meskipun WonHo baru sahaja mengeluarkan light stick rasminya, ia membuatkan ramai peminat yang kagum dengan kecantikannya.
Light stick dari WonHo ringkas tapi tampak eksklusif. —Agensi
Terdapat enam bentuk heksagon pada bahagian atas light stick yang membentuk sebuah bintang.
Setiap heksagon mewakili satu huruf yang menggabungkan nama kumpulan WonHo.
8. ASTRO
Light stick ASTRO juga berbentuk bintang enam bucu dengan tema ungu dan putih.
Astro menampilkan warna tema ungu dan putih. —Agensi
Kedua-dua warna itu bersinar walaupun tidak digunakan.
Reka bentuknya ringkas namun sangat cantik. Pemiliknya pasti tidak jemu mata memandang light stick ini.
9. LOONA
Reka bentuk light stick bagi kumpulan LOONA membuatkan pemiliknya seolah-olah menjadi seorang puteri.
Light stick Loona seperti diilhamkan dari animasi Sailor Moon. —Agensi
Ia sama seperti yang diilhamkan daripada animasi Jepun, Sailor Moon.
Pemilihan warna putih dan emas adalah sangat tepat, ditambah dengan bulan sabit di bahagian atas.
10. WOODZ
Light stick WOODZ mempunyai reka bentuk yang mengagumkan. Warna biru, putih dan oren serta logo kumpulan itu menjadikan kombinasi yang sempurna.
Biru, putih dan oren menyempurnakan lagi kombinasi pada light stick ini. —Agensi
Apabila digunakan, ia menyala dengan sangat cantik dan pemiliknya pasti tidak lekang menatap keindahannya.
Setiap fandom yang memiliki light stick pasti berharap supaya dapat kembali menyaksikan konsert secara langsung.
Namun, sehingga kini, fandom hanya boleh duduk di rumah dan bersorak untuk artis kesayangan mereka dengan lampu di dalam bilik sendiri. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram