Luna Maya tunjuk bukti bakal tonton konsert BTS di LA


  • Hiburan
  • Khamis, 30 Sep 2021

Luna Maya salah seorang peminat fanatik kumpulan BTS.

RAMAI mengetahui aktres Luna Maya adalah salah seorang peminat fanatik kumpulan Kpop, BTS.

Baru-baru ini terdapat laporan mengatakan BTS bakal menghiburkan peminatnya menerusi konsert secara bersemuka di SoFi Stadium, Los Angeles.

Namun, apa yang menjadi persoalan, adakah aktres cantik itu akan ke Los Angeles untuk menonton konsert tersebut.

Perkara itu telah ditanya oleh salah seorang peminat Luna Maya sendiri menerusi sesi tanya jawab di Instagram baru-baru ini.

Apa yang menjadi perhatian, jawapan yang ditulis Luna Maya turut disertakan dengan bukti pendaftarannya untuk menonton konsert tersebut.

"Owww owww daftar sahaja dulu," tulis Maya menjawab pertanyaan itu.

Sebelum ini Luna Maya sanggup terbang ke Bangkok, Thailand semata-mata untuk menyaksikan konsert BTS bertajuk Love Yourself pada 2019 lalu.

55813360-408109116653519-6274102736612180975-n-0db034a042054de161147eaa04789ef1

Luna Maya ketika menyaksikan konsert BTS bertajuk Love Yourself pada 2019.

SoFi Stadium akan menjadi lokasi penganjuran konsert "BTS Permission To Dance On Stage - LA" pada 27 dan 28 November serta pada 1 dan 2 Disember ini.

Ini merupakan konsert secara bersemuka pertama BTS selepas konsert jelajah pada 2019 "BTS World Tour Love Yourself: Speak Yourself The Final".

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram