Muncul orang kedua sembuh HIV secara semula jadi


  • Benua
  • Khamis, 18 Nov 2021

SECARA keseluruhan, empat orang kini telah diisytiharkan sembuh daripada HIV dari pelbagai kaedah. — Gambar hiasan/Agensi

SEORANG wanita berusia 30 tahun dari Argentina dipercayai menjadi orang kedua yang sembuh daripada HIV dengan sistem imunnya sendiri.

Wanita berkenaan sebelum ini didiagnos dengan virus itu pada 2013 dan penyelidik menggelar penyakit tersebut sebagai Esperanza sempena nama sebuah bandar di Argentina yang juga tempat tinggal wanita itu.

"Saya seronok menjadi sihat dan mempunyai keluarga yang sihat. Saya tidak perlu berubat, dan saya hidup seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ini sudah menjadi satu keistimewaan," kata wanita itu.

Menurut media antarabangsa, kisah wanita berkenaan menjadi salah satu kepada dua bukti konsep bahawa apa dipanggil penawar pensterilan virus boleh dilakukan melalui imuniti semula jadi.

Dr Xu Yu, ahli imunologi virus di Institut Ragon di Boston mengatakan perkara baik yang dilalui wanita berkenaan benar-benar membuktikan keajaiban sistem imun manusia.

Sehingga kini, saintis sedang menjalankan proses untuk menyembuhkan HIV dalam pelbagai bidang, termasuk melalui terapi gen bagi mencari penawar virus itu.

Wanita itu merupakan antara empat orang di dunia yang telah diisytiharkan sembuh daripada HIV dari pelbagai kaedah sains.

Individu pertama yang sembuh dari penyakit berkenaan adalah Timothy Ray Brown namun dia meninggal dunia tahun lalu akibat leukemia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

HIV, Dr Xu Yu, Argentina, Timothy Ray Brown