Koleksi terbaharu Barbie tampil budaya Afrika Selatan


  • Hobi
  • Selasa, 16 Nov 2021

ANTARA koleksi Barbie Loves Gert yang menampilkan budaya Afrika Selatan. — Agensi

SETIAP individu mempunyai sekurang-kurangnya satu memori zaman kanak-kanak yang melibatkan Barbie, malah tidak mustahil kecantikan anak patung itu menjadi kegilaan ramai terutamanya dalam kalangan kanak-kanak perempuan dan para gadis.

Barbie pertama kali dilancarkan pada 1959 dan penghasilannya mewakili wanita serta gadis dari seluruh dunia.

Selebriti antarabangsa seperti Elizabeth Taylor, Beyonce, Jennifer Lopez dan Cher mempunyai replika Barbie yang dicipta seiras wajah mereka.

Pada 2019, penyanyi dan penulis lagu Afrika Selatan, Lira diumumkan sebagai wanita Afrika pertama yang dianugerahkan mempunyai patung Barbie yang seiras dengannya.

Sejak 2015, pengeluar Barbie, Mattel menghormati wanita dalam industri pembuatan anak patung itu selain meraikan peranan model yang memberi inspirasi kepada para gadis.

Tahun ini, Mattel mengumumkan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal Gert-Johan Coetzee.

Dia telah mencipta pelbagai koleksi yang diilhamkan daripada keunikan budaya, kaum dan etnik Afrika Selatan.

Screenshot 2021-11-15 200238

Salah satu daripada 31 koleksi Barbie Loves Gert. — Agensi

Koleksi yang dikenali Barbie Loves Gert terdiri daripada 31 rupa berlainan.

"Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada projek besar ini. Barbie adalah (anak patung) bersejarah dan sangat nostalgia bagi kebanyakan daripada kita. Koleksi kali ini adalah tentang meraikan keunikan penduduk negara saya, Afrika Selatan.

"Koleksi ini mewakili semua jantina, saiz dan budaya, manakala model yang berjalan ketika pameran itu kelak mencerminkan komitmen Coetzee terhadap kepelbagaian.

Screenshot 2021-11-15 200009

Antara koleksi Barbie Loves Gert yang menarik.— Agensi

"Saya mahu Barbie mempunyai pengalaman Afrika Selatan sepenuhnya dengan menyepadukan pelbagai elemen negara itu ke dalam sebuah koleksi. Merah jambu terang daripada budaya Pedi menampilkan corak Pedi yang juga diilhamkan daripada budaya Zulu.

"Saya juga menggunakan manik Afrika Selatan pada warna hitam dan putih yang diinspirasikan daripada budaya Xhosa," kata Gert.

Screenshot 2021-11-15 200038

Manik pada pakaian Barbie dijahit dengan teliti. — Agensi

Sebagai sebahagian daripada koleksi Barbie Loves Gert, dia mencipta pakaian anak patung bersaiz sebenar dengan perincian yang rumit.

Selain itu lebih 3,000 batu kristal, berlian dan mutiara tulen digunakan pada fabrik untuk mencipta replika Barbie.

Pakaian pada replika itu juga dihasilkan menggunakan kain merah jambu terang sepanjang 40 meter, manakala dia mengambil masa selama 50 jam untuk menyiapkan replika tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram