Caprice dikatakan nikah ibu tunggal anak satu


  • Hiburan
  • Isnin, 15 Nov 2021

GAMBAR perkahwinan Caprice bersama wanita berstatus ibu tunggal yang tular di media sosial. — Instagram

MENGEJUTKAN apabila penyanyi rap, Caprice dikatakan tiba-tiba bergelar suami kepada seorang wanita yang juga ibu tunggal anak satu.

Difahamkan, hubungan Caprice dengan wanita bernama Farra Inalis, 26, itu sudah berlanjutan sejak setahun yang lalu sebelum dipercayai melangsungkan perkahwinan pada petang Isnin.

Gambar perkahwinan Caprice atau nama sebenarnya Aris Ramli, 33, turut dikongsi semula oleh penyanyi kumpulan DeFam, Azira Shafinaz menerusi akaun Instagram miliknya pada Isnin.

Sementara itu, pembantu peribadi Caprice yang dikenali sebagai Aiman berkata, dia tidak boleh mengesahkan perkara itu.

"Saya tidak oleh sahkan betul atau tidak. Biar tuan punya diri yang jawab.

"Tapi kalau ada yang kongsi gambar itu, maksudnya betullah dia sudah berkahwin," katanya kepada Majoriti.

Jelas Aiman lagi, wanita berkenaan berasal dari Kelantan dan dia sendiri tidak dimaklumkan mengenai sebarang majlis perkahwinan.

Sementara itu, akaun media sosial Caprice juga dilihat tidak memuat naik sebarang gambar yang berkaitan dengan majlis perkahwinannya.

Malah, akaun Instagram Caprice juga kali terakhir dimuat naik pada bulan Ogos lalu.

Caprice tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi kepada media berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Caprice, Hiburan, Kahwin, Kelantan, Janda