Sedikit menurun, 5,143 kes Covid-19 direkod


  • Primer
  • Isnin, 15 Nov 2021

KES harian Covid-19 menurun sebanyak 19 kes pada Isnin.

MALAYSIA mencatatkan 5,143 kes baharu Covid-19 pada Isnin, sedikit menurun berbanding 5,162 kes yang dicatatkan pada Ahad.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,551,452 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Isnin adalah sebanyak 4,551 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,455,767.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Isnin, Noor Hisham berkata, 5,130 kes adalah jangkitan tempatan manakala 13 merupakan kes import.

"Daripada 5,143 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 126 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 5,017 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Tambah beliau, setakat jam 12 tengah hari 15 November 2021, seramai 526 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 250 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak tiga kluster baharu dikenal pasti pada Isnin, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 250. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram