Transformers 7 tertangguh selama setahun, 3 puak baharu bakal muncul


  • Hiburan
  • Jumaat, 12 Nov 2021

TRANSFORMERS: Rise of the Beasts yang dijadualkan untuk tayangan pada 24 Jun 2022, telah ditangguhkan kepada 9 Jun 2023. — Agensi

PARAMOUNT Pictures telah mengemas kini jadual tayangan filem keluarannya dan mengesahkan bahawa Transformers: Rise of the Beasts telah ditolak pada musim panas 2023.

Filem yang pada mulanya dijadualkan untuk tayangan secara eksklusif di pawagam pada 24 Jun 2022, telah ditangguhkan kepada 9 Jun 2023 oleh syarikat Paramount.

Selepas pengarah filem Michael Bay mengawal francais Transformers selama hampir sedekad, Paramount mula mengikut haluan baharu setelah pengeluaran Transformers: The Last Knight yang membawa kepada pembangunan spin-off pertamanya, Bumblebee.

Studio itu menghabiskan beberapa tahun membangunkan idea berbeza dalam siri ini sebelum membuat perjanjian dengan pengarah filem Steven Caple Jr. (Creed II) untuk Transformers 7 dan menghidupkan watak Beast Wars.

Transformers: Rise of the Beasts bakal menampilkan Anthony ramos dan Dominique fishback yang akan mengikuti cerita berlatarkan tahun 1994 melibatkan Optimus Prime, Bumblebee dan lain-lain Autobots generasi pertama.

Filem itu juga akan memperkenalkan Optimus Primal (pemimpin Maximals) dan puak baharu iaitu Predacons (Megatron II), Terrorcons dan Maximals. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Transformers 7, Optimus Prime, Bumblebee, AU