Teruja menanti dinosaur baharu dalam Jurassic World : Dominion


  • Hiburan
  • Rabu, 10 Nov 2021

COLLIN Trevorrow mengesahkan proses pembikinan filem Jurassic Wold : Dominion telah siap menerusi satu ciapan di Twitter pada Isnin. — Agensi

PENGARAH filem Colin Trevorrow mengesahkan Jurassic World: Dominion akhirnya telah siap selepas proses pembikinannya yang panjang.

Filem ketiga dan berkemungkinan francais terakhir Jurassic World pada asalnya dijadualkan ditayangkan di pawagam pada tahun ini, tetapi tergendala disebabkan wabak Covid-19.

Jurassic World 3 memulakan penggambaran pada awal 2020 tetapi tidak lama kemudian diberhentikan kerana wabak itu dan kini dijadualkan untuk ditayangkan pada Jun 2022.

Perincian plot masih dirahsiakan, tetapi peminat telah dapat mengumpul beberapa perkara berdasarkan teaser khas Imax yang dikeluarkan pada musim panas lalu.

Trevorrow telah memastikan peminat mengetahui perkembangan Jurassic World 3 dari awal pembikinan dan kini dia memaklumkan kepada semua orang bahawa filem itu telah siap secara rasmi.

"Malam tadi kami meletakkan sedikit reverb pada raungan terakhir," katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Isnin.

Trevorrow mengucapkan terima kasih kepada pasukan di Skywalker Sound kerana membantu dalam adunan filem itu dan mengakhiri mesejnya dengan kenyataan 'ia masih hidup'.

Filem Jurassic World: Dominion amat dinantikan dengan kerana dinosaur baharunya dan kemunculan semula pelakon asal Jurassic Park.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegra