BAGI yang mengikuti filem Escape Room pasting sudah mengetahui bahawa sekuel filem thriller itu sudah menjengah slot di pawagam tempatan.
Kembali menemui peminat selepas setahun industri perfileman dikekang pandemik Covid-19, kesibambungan Escape Room bakal mengubati rindu pencinta wayang yang mahu merasa keterujaan dan debaran saat menonton filem di panggung.
Daripada tajuknya, Escape Room 2:Tournament Of Champions sudah jelas menggambarkan jalan cerita filem ini.
FILEM ini mengisahkan Zoey mahu merungkai misteri organisasi yang mereka permaian itu sekali gus menumpaskannya. — Agensi
Pada yang menonton siri pertama, filem ini mengisahkan tentang permainan teka-teki maut yang menjebak sekumpulan manusia menerusi undangan khusus dan menawarkan hadiah lumayan.
Sequel kedua ini pula membawa jalan cerita yang sama, namun membawakan teka teki yang lebih mencabar dan mengumpulkan kumpulan peserta baharu yang terdiri daripada pemenang (peserta terselamat) permainan itu sebelum ini.
Kisah bermula dengan menunjukkan kehidupan watak utama dari siri pertama Escape Room, Zoey yang dilakonkan oleh Taylor Russell dan Ben (Logan Miller) yang berjaya meloloskan diri dari permainan tersebut.
Masih trauma melihat kematian rakan-rakan dalam permainan itu, Zoey pada masa sama masih nekad mahu merungkai misteri organisasi yang mereka permaian itu sekali gus menumpaskannya.
Dibantu oleh Ben, mereka ke New York, Amerika Syarikat untuk menyiasat lokasi baharu yang dipercayai bakal menjadi tempat permainan maut itu dianjurkan.
Bagaimanapun, tanpa disangka kunjungan mereka itu menjebak mereka ke dalam set permainan teka-teki baharu yang menemukan mereka dengan beberapa individu lain yang sebelum ini senasib dengan mereka.
Bermula dari itu, mereka menempuh satu persatu tugasan teka-teki yang mana setiap daripadanya mengorbankan seorang peserta.
Apa yang menarik untuk dikongsi di sini adalah setiap tugasan kali ini mengisahkan tentang kehidupan salah seorang peserta yang rapat dengan Zoey dalam permainan terdahulu.
Semuanya akan dirungkai dalam plot akhir cerita ini yang mungkin akan membuatkan penonton terkejut tentang bagaimana setiap permaian ini direka.
Sebagai penonton, Majoriti boleh katakan filem ini berbaloi untuk ditonton tapi apa yang kurang untuk filem ini adalah durasinya yang pendek iaitu kurang dari 1 jam 30 minit.
Bagaimanapun, untuk mereka yang mengikuti filem ini, boleh kiranya menempah tiket dan menyaksikan sendiri tugasan-tugasan baharu Escape Room yang lebih mencabar dengan petunjuk yang kreatf. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram