Kru produksi filem Indiana Jones 5 maut ketika sesi penggambaran


  • Hiburan
  • Sabtu, 06 Nov 2021

KEMATIAN Cupac ketika penggambaran filem Indiana Jones 5 mengejutkan industri perfileman Hollywood. — Agensi

SEORANG kru produksi filem Indiana Jones 5 dilaporkan meninggal dunia ketika sesi penggambaran filem berlangsung di Maghribi.

Memetik laporan New York Post, Walt Disney mengesahkan pengendali unit kamera pro 'Indiana Jones 5', Nic Cupac ditemui maut di dalam bilik hotelnya di bandar Fes, Maghribi pada Khamis (4 November).

"Kami ucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan Nic Cupac. Dia merupakan rakan sekerja yang sangat berbakat dan ahli komuniti filem yang akan sangat dirindui.

“Pemergiannya secara mengejut tidak berkaitan dengan produksi. Nic adalah grip pada unit ke-2.” kata wakil produksi kepada The Post.

Punca kematian lelaki berusia 54 tahun itu belum didedahkan kepada umum, tetapi ia dianggap mati atas sebab semula jadi.

Lebih 100 kru produksi filem dilaporkan telah berkumpul di bandar itu untuk membuat persiapan bagi penggambaran adegan aksi besar menggunakan beca.

ugas Cupac sebagai grip dalam membantu membina dan menyelenggara peralatan rigging yang menyokong kamera.

Mendiang Cupac yang merupakan seorang veteran industri yang turut bekerja di dalam filem francais Jurassic Park, Harry Potter dan Star Wars baru-baru ini telah berlepas ke Maghribi untuk membantu penggambaran filem blockbuster bajet besar itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram