FILEM Venom 2 yang berjudul Venom: Let There Be Carnage terbitan produksi Sony Pictures bakal menemui penonton dalam masa dua minggu lagi.
Kali ini aktor Tom Hardy, kembali membintangi karakter utamanya, Eddie Brock, iaitu seorang wartawan yang menjelma sebagai raksasa bernama Venom.
Apa yang menarik perhatian, pelakon itu seolah-olah memberi isyarat bahawa watak yang dibawa itu mungkin akan dipertemukan dengan filem Marvel Studios iaitu Spiderman yang dilakonkan Tom Holland.
"Saya fikir dengan perancangan yang tepat, dan sokongan dari penonton, ini (projek) sudah tentu menjadi pilihan yang terbaik dan tepat pada waktunya," katanya.
Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci dikongsikan oleh aktor itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram