Ubati kemurungan putus cinta dengan berlari


  • Sihat
  • Jumaat, 05 Nov 2021

INDIVIDU yang mengalami kemurungan dinasihatkan untuk berlari bagi mengurangkan perasaan tersebut. — Gambar hiasan/Agensi

RAMAI yang ada masalah kerunsingan dan kemurungan, namun tiada jalan penyelesaian mampu dilakukan.

Sekiranya seseorang yang menghadapi masalah tersebut mahu ke klinik psikiatri, mungkin lambat pula untuk menunggu temujanji lebih-lebih lagi ketika musim pandemik Covid-19.

Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, sebenarnya terdapat jalan untuk mengurangkan perasaan kerunsingan dan kemurungan itu.

Dalam banyak kajian klinikal yang diterbitkan, beliau berkata, senaman aerobik seperti berlari atau brisk walking dapat membantu mereka yang menghadapi kemurungan tahap rendah dan sederhana.

"Saya pun pernah tengok cerita Korea. Seorang pelajar yang melawan perasaan sedih akibat putus cinta dengan berlari sekeliling padang. Dia lakukan setiap hari.

"Sehingga suatu hari cikgu sukan mengambil dia sebagai pelari mewakili sekolah. Dia muncul johan. Dari situ dia mewakili pula negara Korea.

"Bila sudah berjaya dan bertambah cantik, bekas teman lelaki baru terhegeh-hegeh nak kat dia semula. Dia tak layan. Orang Johor cakap, bolayan," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook.

Buat individu yang mengalami putus cinta, Dr Zubaidi menyarankan supaya tidak perlu terlalu kecewa sebaliknya mereka perlu berlari sama ada di padang atau di atas treadmill.

"Yang lelaki angkatlah besi. Jangan fikir ex girlfriend tu. Makin diingat, makin kerap angkat berat sampai letih. Mana tahu lepas ini ex girlfriend datang semula lepas tengok korang lebih hensem (kacak) macam Zul Ariffin.

"Begitu juga kalau ada kerisauan dan kemurungan yang lain. Buat apa fikir sesuatu yang tidak boleh dikawal. Lakukan brisk walking setiap hari. Atau apa saja senaman aerobik.

"Insyaallah dapat tidur dengan baik dan hilang rasa gelisah yang tiada hujung pangkal tu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Dr Zubaidi, murung, berlari