KIRA-KIRA 39 juta penduduk Amerika Syarikat (AS) mengalami sakit kepala migrain, menurut Migraine Research Foundation.
Sekiranya anda salah seorang daripada penghidap migrain, anda mungkin mengetahui simptom-simptom yang boleh membuatkan badan menjadi lemah termasuk loya, pening, muntah, serta sensitive terhadap cahaya, bunyi atau bau.
Gangguan migrain ini sememangnya membuatkan seseorang tidak dapat fokus untuk meneruskan sesuatu aktiviti termasuk ada individu yang menjadi panas baran.
Malah, lebih teruk, terdapat kes yang mana seseorang penghidap bertindak menarik rambutnya selain menghentakkan kepala pada dinding akibat tidak dapat menahan kesakitan dialami ketika migrain.
Dengan mengenal pasti punca kehadiran penyakit itu, anda mungkin dapat mengurangkan kekerapan penyakit tidak diingini itu.
Mari kita semak cara mengelakkan migrain sebelum ia menyerang.
1.Elakkan bunyi bising dan cahaya terang
Bunyi kuat, lampu berkelip dan rangsangan deria adalah pencetus biasa bagi serangan migrain. Rangsangan ini mungkin sukar untuk dielakkan, tetapi umum diketahui bahawa anda boleh mengelakkan daripada membuat aktiviti ketika diserang penyakit itu. Ini termasuk:
- Memandu pada waktu malam
- Berada di panggung wayang
- Menghadiri kelab malam atau tempat yang sesak
- Elakkan daripada terkena pancaran cahaya matahari
Anda juga disarankan untuk merehatkan mata daripada skrin televisyen atau komputer serta turunkan kecerahan skrin. Elakkan juga semua gangguan audio dan visual dan pastikan anda dapat menghindarinya dengan mudah jika diserang migrain.
Anda disarankan untuk berkunjung ke panggung wayang ketika serangan migrain. — The Star
2. Beri perhatian pada pilihan makanan
Makanan dan minuman tertentu yang boleh menyebabkan sakit kepala adalah seperti:
- Coklat
- Wain merah
- Daging yang diproses
- Makanan manis
- Keju
Anda perlu mengetahui makanan dan perisa tambahan yang boleh menimbulkan sakit kepala dan cuba jauhinya.
Makan makanan manis seperti coklat juga pencetus kepada migrain. — Getty Images
Makanan dan minuman yang mengandungi kafien atau alkohol, terutamanya wain merah dan minuman keras adalah pencetus biasa.
Hadkan kuantiti yang anda makan pada siang hari atau hindarinya sama sekali sekiranya perlu.
3. Simpan buku diari sakit kepala
Dengan menyimpan buku diari, anda dapat mengenal pasti pencetus migrain dengan mudah. Berikut adalah contoh perkara yang anda boleh perhatikan:
- Makanan dan minuman
- Rutin dan jadual latihan anda
- Cuaca
- Perasaan dan emosi yang mungkin anda alami
- Ubat yang diambil dan kesan sampingan
- Masa dan tahap keparahan sakit kepala
Ini dapat membantu anda melihat corak serangan migrain dan menjadikan lebih mudah untuk mengelakkannya.
Mencatat masa diserang migrain di diari juga menjadikan anda mudah mengelakkan perkara itu. — Agensi
4. Berhati-hati dengan perubahan hormon
Hormon memainkan peranan penting ketika serangan migrain. Ramai wanita cenderung mengalami sakit kepala migrain lebih kerap sebelum atau semasa datang bulan.
Wanita perlu berwaspada dengan diet dan tabiat senaman yang diamalkan. Ini akan mengelakkan gejala penyakit itu sebelum menyerang.
Menurut Mayo Clinic, kontraseptif oral dan terapi penggantian hormon (HRT) boleh meningkatkan kekerapan dan keparahan migrain.
5. Ambil makanan tambahan
Walaupun migrain dapat dirawat dengan atau tanpa ubat, nutrien yang tepat adalah penting untuk didapatkan.
Mengambil herba dan mineral tertentu boleh membantu menghilangkan migrain. Kekurangan magnesium telah terbukti menyumbang kepada permulaan migrain. Oleh itu, pengambilan suplemen harian dapat membantu mengurangkan serangan.
Berjumpa dengan doktor mengenai ubat herba dan suplemen juga dapat membantu meredakan gejala migrain.
6. Perhatikan cuaca
Perubahan cuaca boleh mempengaruhi corak migrain anda. Kelembapan yang tinggi dan suhu yang panas dapat merangsang sakit kepala termasuk ketika hari hujan.
Cuaca panas mampu merangsang sakit kepala. — The Star
Sekiranya cuaca menjadi tidak selesa untuk anda, anda mungkin perlu melangkah masuk ke kawasan lebih selesa dan elakkan daripada berada di luar.
Sudah tentu anda tidak selalu dapat mengelakkan diri dari pergi ke luar rumah, tetapi anda boleh meminimumkan masa di luar dan mengelakkan cuaca yang mampu memicu sakit kepala.
7. Makan dan tidur mengikut jadual biasa
Puasa atau melewatkan waktu makan boleh mencetuskan sakit kepala migrain. Pastikan anda makan selepas sejam anda bangun dari tidur dan membuat perkara sama dalam tempoh tiga hingga empat jam.
Pastikan anda minum air secukupnya dan jangan sesekali membuang makanan.
Kurang masa tidur memburukkan lagi gejala migrain. — The Star
Kurang tidur juga boleh memburukkan lagi gejala dan pastikan anda tidur sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam.
Walaupun terlalu banyak tidur boleh menyebabkan sakit kepala, namun anda juga tidak digalakkan tidur terlalu lama.
8. Elakkan tekanan
Meskipun kita tidak selalu dapat mengawal keadaan ketika tertekan, kita mampu mengawal reaksi kita terhadap perasaan itu.
Migrain juga berpunca daripada tekanan perasaan adalah perkara biasa. Teknik merehatkan diri seperti meditasi dan yoga dapat membantu mengurangkan tekanan.
9. Pilih senaman santai
Bersenam secara teratur adalah perkara penting dalam gaya hidup sihat. Namun, senaman yang keras seperti mengangkat berat boleh mencetuskan sakit kepala.
Senaman seperti yoga mampu mengurangkan tekanan. — Agensi
Perhatikan tindak balas anda terhadap aktiviti tertentu. Pilih aktiviti yang mendorong mengurangkan tekanan dan tanpa memberi tekanan pada badan seperti yoga, aerobik ringan atau tai chi.
Pengambilan ubat anti-radang sebelum bersenam dapat mengurangkan gejala migrain. — Agensi