MANUSIA kini hidup lebih lama berbanding dahulu dan mengamalkan gaya hidup sihat sekarang dapat membantu anda menikmati kehidupan dengan lebih lama.
Beberapa faktor seperti merokok, mengalami tekanan tinggi, obesiti, gaya hidup tidak aktif, pemakanan kurang sihat dan persekitaran yang toksik boleh mempercepatkan simptom serta tanda penuaan.
Ini beberapa petua untuk anda menghadapi hari tua yang sihat:
1. Makan makanan yang seimbang
Makan makanan yang betul dan seimbang. Tabiat makan yang betul penting untuk semua peringkat usia.
Mengambil makanan sihat dengan jumlah yang betul boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
2. Tidur secukupnya
Tabiat tidur yang sihat amat penting untuk tenaga, fungsi dan kemandirian tetapi ramai daripada kita tidak mendapat tidur secukupnya.
Jika anda mengalami masalah sukar tidur, sila berbincang dengan doktor. Mungkin anda boleh merawat gangguan tidur yang dialami atau mencari cara perubatan lain yang boleh membantu mendapat rehat yang secukupnya.
3. Mental yang sihat
Pastikan otak anda aktif dan badan anda sihat. Bermain teka silang kata dan permainan komputer boleh memastikan sel-sel otak anda sentiasa aktif.
Mencuba aktiviti baharu seperti mengembara ke tempat baharu, membaca buku dan majalah atau mengambil kelas untuk mempelajari kemahiran baharu akan memastikan minda anda aktif, cergas serta mencegah kehilangan ingatan.
4. Berhenti merokok
Jika anda merokok, sekarang masih tidak terlambat untuk berhenti merokok. Merokok dikaitkan dengan beberapa penyakit dan masalah seperti penyakit jantung, penyakit paru-paru dan kanser.
Anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan bantuan dan sokongan. Terdapat banyak sumber dan alatan yang tersedia untuk membantu anda berhenti merokok.
5. Pemeriksaan kesihatan secara berkala
Perkara penting untuk menghadapi hari tua yang sihat adalah dengan berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan secara tetap.
Anda digalakkan untuk berjumpa doktor dan menjalani ujian pencegahan serta pemeriksaan am seperti tekanan darah, kolesterol, kesihatan tulang, pengurusan berat badan dan pemeriksaan lain. — Agensi