Kisah pelik di sebalik ciptaan lagu asal Ghosbusters


  • Hiburan
  • Khamis, 04 Nov 2021

Ray Parker Jr. akui sukar untuk menyanyikan perkataan "Ghostbusters" di dalam lagu tema filem tersebut. —Agensi

LAGU tema filem Ghosbusters 1984 nyanyian Ray Parker Jr. yang terkenal sehingga kini rupanya mempunyai kisah pelik dan hampir tidak menjadi ikon filem terkenal itu.

Frasa "Who ya gonna call?" menjadi sangat popular seperti filem Ghostbusters itu sendiri, namun ia bukanlah satu pencapaian yang tidak dijangka beberapa bulan sebelum filem itu ditayangkan.

Muzik pada umumnya merupakan salah satu elemen terakhir yang akan ditambah pada filem, tetapi pembikinan Ghostbusters dalam keadaan sibuk dan tergesa-gesa menyebabkan pencarian lagu tema yang sempurna menjadi lebih mencabar.

Parker Jr. hanya berpeluang untuk menulis lagu itu selepas dia menempah penerbangan ke Los Angeles untuk projek yang berbeza dan pada ketika itu memberi lebih perhatian untuk menjaga ibu bapanya.

Studio filem itu juga menerima lebih daripada enam puluh kiriman lagu daripada artis lain, namun tiada yang boleh digunakan.

Dia akhirnya melanjutkan tempoh penginapannya di Los Angeles dan berjaya menulis serta merakam lagu tema Ghostbusters dalam masa dua hari setengah.

Setelah selesai rakaman, dia menghantar pita kaset kepada pengarah filem Ivan Reitman yang segera memasukkannya ke dalam filem berkenaan.

Parker Jr. yang merupakan seorang pemain gitar, akui mempunyai masalah dengan lirik lagu tema itu kerana tidak dapat mencari cara sesuai untuk menyesuaikan perkataan "Ghostbusters" seperti mana ditetapkan oleh studio.

Bagaimanapun selepas menonton sedutan filem itu, dia tertarik dengan babak iklan dalam filem Ghostbusters itu, sekali gus teringat tentang iklan perkhidmatan rumah seperti paip dan pemusnahan yang membawanya kepada frasa "Who ya gonna call?".

Walaupun Parker Jr. pada asalnya diminta untuk menulis kurang daripada satu minit muzik untuk adegan perpustakaan pembukaan filem tersebut, dia memanjangkan tempoh lagu itu kepada empat minit bagi kegunaan siaran di radio.

Usahanya dibalas dengan tahap kejayaan yang tidak pernah disangka apabila lagu tema Ghostbusters mendapat tempat teratas dalam carta dan juga dicalonkan untuk Lagu Asal Terbaik di Anugerah Akademi ke-57. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram