Annisa, Ratu Keju Malaysia dari seberang


ANNISA meminati keju sejak kecil dan hanya dia seorang yang gemarkan keju dalam keluarganya. — Facebook

MENETAP di Malaysia sejak lapan tahun lalu, Annisa Iwan tidak menyangka bahawa minatnya terhadap keju menjadi sumber pendapatan buat dirinya di negara jiran.

Berasal dari Jakarta, Indonesia, ibu kepada tiga anak ini mula meminati keju sejak kecil, malah hanya Annisa seorang yang gemarkan keju dalam keluarganya.

Kunjungan ke Perancis telah menambahkan minatnya untuk belajar membuatnya dan mengenali lebih banyak jenis keju.

Mula membuat keju untuk dimakan sendri, graduan Sarjana Muda Perhubungan Awam dari Universiti Sahid, Jakarta, Indonesia ini turut mengambil insiatif mempelajari mengenai pembuatan keju daripada artisan pakar.

"Awalnya saya merujuk di internet dan buku untuk menghasilkan keju mozarela dan ia membuahkan hasil.

"Saya juga ada mengikuti kelas di luar negara iaitu Britain dan Perancis," katanya.

Tambahnya lagi, awalnya dia hanya membuat keju untuk dimakan sendiri, namun dia mula mendapat tempahan daripada rakan-rakan selepas menjamu merekadengan keju buatannya.

Melihat kepada permintaan yang menggalakkan daripada rakan terdekat, Annisa mengorak langkah secara serius di bawah jenama Milky Whey Cheese pada tahun 2016.

Bermula dengan memasarkan enam jenis keju pada mulanya, kini Annisa mempunyai simpanan di premisnya antara 25 hingga 35 jenis keju lembut dan keras buatan sendiri serta menghasilakn 100 hingga 200 kilogram keju seminggu.

"Jenis keju yang saya hasilkan adalah triple cream baron, Sarawak, morion soft goat’s cheese, truffle cinta, keju biru cili padi, jade blue and tome de kiara dan beberapa jenis lagi yang dijual dengan harga bermula RM5 hingga RM25 untuk 100 gram.

"Sehingga kini keju Milky Whey Cheese dibekalkan ke enam hotel ternama sekitar ibu negara dan diminati oleh ramai warga asing yang menetap di Malaysia, Singapura dan Indonesia," ujar Ratu Keju itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram