SEBANYAK 11 karya seni Pablo Picasso yang menjadi di sebuah hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat sejak dua dekad lalu dijual pada harga AS$110 juta (RM456 juta) dalam satu lelongan pada Sabtu.
Karya seni termasuk sembilan keping lukisan yang dimiliki MGM Resorts itu dipamerkan di Restoran Piccaso yang terletak di Hotel Bellagio.
Lukisan bertajuk 'Woman in a Red-Orange Beret', yang memaparkan Marie-Thérèse Walter, iaitu kekasih serta sumber inspirasi artis Sepanyol itu dibida pada harga paling tinggi dengan nilai AS$40.5 juta (RM168 juta).
LUKISAN ini dibida pada harga paling tinggi dengan nilai RM168 juta.
Selain itu, sebuah lagi karya agung Picasso berjudul Homme et Enfant (Man and Child) yang berukuran 2 meter dijual pada harga AS$24.4 juta (RM101.26 juta).
"Potret berskala besar yang disiapkan pada tahun 1959 ini adalah contoh mengagumkan tentang Picasso ketika zaman kemuncaknya," kata jurucakap rumah lelongan Sotheby.
Di samping lukisan, turut terjual adalah dua buah seramik hasil kerja tangan Picasso yang meninggal dunia pada tahun 1973.
Syarikat itu menyifatkan jualan lelong tersebut membantu dalam diversiti koleksi karya seni halus. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram