Kelas seni dan budaya Malaysia secara percuma


  • Hobi
  • Khamis, 28 Okt 2021

20 kelas seni merangkumi pelbagai genre termasuk sejarah muzik, teater, kraf, muzik indie dan seni visual. Kelas seni terbuka secara maya di bawah program Art In The City (AITC) 2021. — Gambar fail/The Star
OPEN Arts Classes (OAC), kelas maya percuma dibawakan khas oleh Art In The City (AITC) bersama barisan penggiat seni dan budaya terkemuka dalam sesi kelas yang ditawarkan.

Di sini, anda boleh mempelajari pelbagai jenis ilmu semua berkait dengan seni seperti seni lakonan monolog, ukiran kayu, seni batik, kelas vokal dan banyak lagi.

Belajar daripada yang terbaik, antaranya Adlin Aman Ramlie (seni persembahan), Anniketyni Madian (seni visual), Datuk Syafinaz Selamat (muzik), Adiguru Norhaiza Noordin (Kraf), dan Datuk Johari Salleh (sejarah muzik).

Bukan itu sahaja, ramai lagi penggiat seni daripada pelbagai bidang turut tersenarai, di antaranya pengasas busana budaya Pusaka, Eddin Khoo; Kenji Chai (artis jalanan), Paul Augustin (Pengarah Penang House of Music) dan Takahara Suiko yang juga produser dan pemuzik indie.

1346707
AITC 2021 yang dianjurkan secara maya bermula esok.


AITC 2021 disokong oleh Pembangunan Seni Budaya (CENDANA) dan berlangsung sehingga 28 Disember dan OAC pula akan akan berlangsung selama empat minggu pada setiap hujung minggu melibatkan 500 orang untuk setiap sesi kelas.

Daftar sekarang walaupun anda baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang seni mahupun seorang profesional, kelas ini terbuka untuk semua yang ingin belajar lebih lagi berkaitan seni.

OAC mempunyai 20 kelas yang akan berlangsung selama dua jam oleh 20 orang penggiat seni dan budaya, ia juga dibahagikan kepada lima kategori iaitu sejarah seni, kraf, seni visual, muzik indie dan seni persembahan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

seni, budaya, kelas