Kenali Elcin Ozcan, si tukang jahit artistik


  • Hobi
  • Rabu, 20 Okt 2021

KARYA yang dihasilkan menerusi teknik jahitan silang. — DPA
KARYA terkenal dunia diadaptasikan ke dalam bentuk jahitan oleh pakar jahitan-silang (cross-stitching) dan dipamerkan di galeri mini milik seorang wanita dari Turki.

Elcin Ozcan, 44, dari Ankara, Turki, menghasilkan semula karya yang terkenal seperti The Starry Night karya Vincent van Gogh, The Scream karya Edvard Munch dan Mona Lisa karya Leonardo da Vinci.

"Saya mudah terpesona dengan lukisan-lukisan dan juga pelukisnya. Saya sering melihat datuk saya menghabiskan masa berjam-jam ketika melukis.

“Saya juga mengunjungi semua muzium seni apabila ke luar negara, jadi saya mengetahui serba sebanyak tentang lukisan yang dihasilkan.

“Semenjak saya menghasilkan miniatur dan memuat naik ke Internet, orang ramai mula memberi cadangan untuk menghasilkan lukisan yang lain, jadi saya akan periksa dahulu tentang pelukis dan lukisan yang dihasilkan sebelum mengubahnya menjadi miniatur.

Gambar jarak dekat ‘Mona Lisa’


“Jadi, ini telah membuka ruang untuk penjalanan kreatif saya dan peluang untuk saya belajar lebih lagi.

"Saya sentiasa mendapat sambutan yang sangat positif terhadap hasil kraf saya, lebih-lebih lagi apabila mereka semua dipamerkan bersama. Saya sangat bangga dengan muzium mini peribadi saya," katanya.

Ozcan mengatakan dia mengambil masa seminggu atau lebih untuk menghasilkan sebuah miniatur.

Katanya, proses untuk mereka bentuk The Starry Night mengambil masa 10 hingga 12 hari dan proses menjahit pula mengambil masa seminggu.

Ozcan menggunakan pirisian komputer untuk merangka reka bentuk awal tetapi perisian komputer agak terbatas apabila melibatkan perincian yang kecil.

“Akhirnya saya mengubah reka bentuk jahitan dan penyesuaian warna jahitan demi jahitan. Banyak perubahan dilakukan semasa saya sedang menjahit.

Proses disebalik rekabentuk ‘The Starry Night’ mengambil masa 10 hingga 12 hari dan proses menjahit pula mengambil masa seminggu.


“Perisian komputer tidak setanding mata manusia. Jadi, banyak perubahan dilakukan semasa saya menjahit. Saya menjahit dan katak (merobek jahitan) sehingga saya berpuas hati,”

Tambahnya lagi, dia berasal dari keluarga yang sangat kreatif dan artistik.

“Ibu saya melakukan pelbagai jenis seni seperti melukis, perhiasan tanah liat, jahitan silang, sulaman, membuat barangan kemas dan lain-lain lagi. Atuk saya pula seorang pelukis minyak yang sangat bagus.

"Saya sentiasa dikelilingi oleh seni dan barangan kraf semasa saya membesar dan saya mencuba apa sahaja ditawarkan.

Saya belajar bagaimana untuk membuat jahitan silang sejak saya kecil. Namun, ia bukan pilihan utama saya sehinggalah saya berumur 30-an," katanya.

Ozcan kini menyiapkan rekabentuk Flaming June karya Sir Frederic Leighton. Hasil rekaannya boleh dilihat di Instagram. — The Star

Turki, jahitan-silang, seni, karya, Elcin Ozcan