Menukang bukan sekadar hobi


  • Hobi
  • Selasa, 26 Okt 2021

TERENCE meratakan kayu dan menjadikan pertukangan sebagai hobi ketika pandemik Covid-19. — The Star

TINGGAL di rumah lebih penting berbanding berkeliaran di luar, lebih-lebih lagi pada waktu mencabar ketika penularan Covid-19.

Salah satu kaedah untuk mengimbangi tekanan ketika wabak itu adalah dengan mencari hobi baharu atau membuat semula hobi lama, untuk kekal produktif selain mengekalkan kesihatan mental yang baik.

Setelah berhenti dari perkhidmatan awam di Singapura pada 2018, Terence Singh mendapati hobi pertukangan lebih memuaskan kerana ia adalah cara untuk menjaga dirinya, bahkan menjana pendapatan ketika penularan wabak itu.

Bapa kepada dua orang anak yang berasal dari Johor itu berkata, beliau sering terpesona terhadap cara perabot kayu dicipta dengan butiran dan tekstur yang berbeza pada setiap bahagian.

Bermula pada 2012, beliau membuat eksperimen dengan membina objek mudah seperti pasu bunga dan kotak alatan yang hanya memerlukan gergaji manual serta kertas pasir.

"Saya menyedari bahawa saya suka melakukannya dan sejak itu, ia membuat kehidupan saya sibuk," katanya yang berusia 53 tahun.

Selain itu, katanya, perasaan ingin tahu juga membuatkan Terence ingin memulakan projek pembuatan kayu sendiri di rumah untuk mengukur kebolehannya.

"Saya suka melihat bagaimana semuanya dilakukan. Sebagai contoh, saya akan mengambil sekeping gambar perabot kayu dan melihat sendiri bagaimana saya boleh memperbaikinya.

"Melihat produk akhir yang dihasilkan saya, hasilnya memang membanggakan. Kemudian ia membuatkan saya memikirkan projek seterusnya," katanya.

Retired Singapore civil servant Terence Singh, based in Johor, made a wine rack table from scratch using pine wood. His hobby is carpentry which he does to stay productive during the pandemic.

Meja rak arak antara hasil kerja Terence. — The Star

Meskipun Terence mempelajari sendiri kemahiran kerja kayu, beliau mendapat idea tersebut daripada laman YouTube dan memperbaiki kemahirannya di situ.

"Adalah penting untuk menjadikannya lebih baik untuk kegunaan saya sendiri dan rakan-rakan yang sebahagiannya adalah pelanggan saya," katanya.

Antara hasil kerjanya termasuk bangku berkelah, meja rak arak, kotak penanam dan kolam air, yang kemudian dimuat naik di media sosial.

"Rakan saya melihat sesuatu yang mereka suka dan membuat pesanan.

"Jika saya boleh dibayar untuk perkara yang saya suka lakukan, mengapa tidak?" katanya sambil menambah kerja kayu itu hanya dilakukan bagi mengisi masa lapang.

Pada masa sama, Terence pernah menghasilkan bangku bar dari kayu pain. Salah seorang rakannya menyukai hasil kerjanya dan memesan untuk tempat makannya.

"Saya lebih suka kayu pain kerana memudahkan kerja saya disebabkan teksturnya yang lembut dan mempunyai butir kayu yang cantik sebelum dan selepas dikilatkan.

"Ia boleh menelan kos yang agak tinggi, bergantung pada saiz dan ketebalan, manakala pain kitar semula adalah lebih murah sedikit.

"Malah, lebihan kayu yang dipotong juga berguna. Saya tidak membuangnya kerana ia boleh digunakan untuk membuat benda lain," katanya.

Aktiviti mengasah bakatnya menjadikan Terence sibuk dan fokus ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

"Ini membuat minda tetap aktif dan senang melihat produk buatan anda sendiri.

"Kita perlu bermula dari kecil apabila ia berkaitan dengan hobi dan dari semasa ke semasa kita menjadi lebih baik kerana amalan menjadi sempurna," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kayu, pertukangan, hobi