Kayuh 692km untuk neutral semula 'pencemaran basikal'


  • Hobi
  • Khamis, 28 Okt 2021

BERBASIKAL sekurang-kurangnya 692km untuk meneutralkan karbon pembuatan basikal. Foto — Agensi
BASIKAL membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana tiada bahan api diperlukan untuk mengunggangnya.

Tetapi, tahukah anda bahawa pembuatan sebuah basikal sebenarnya melibatkan pelepasan gas karbon dioksida (Co2) dianggarkan sebanyak 174 kilogram.

Perkara ini diakui sendiri oleh syarikat pengeluar basikal berjenama Trek buatan AS.

Penunggang basikal perlu mengayuh sekurang-kurangnya 692 kilometer untuk meneutralkan semula Co2 yang dilepaskan semasa proses pembuatan basikal tersebut.

Pemilik basikal baru hendaklah mengutamakan penggunaan basikal mereka sebanyak mungkin dan seharusnya memilih basikal berbanding kereta untuk perjalanan jarak dekat.

Dengan cirinya yang mampu bertahan untuk jangka masa panjang, ia sememangnya mampu meneutralkan kembali karbon yang digunakan semasa proses pembuatannya.

Namun, basikal seperti basikal elektrik juga mengeluarkan gas yang menyebabkan pencemaran iaitu gas rumah hijau (GHG) apabila bateri sedang dicas semula. Tetapi ia masih lagi tidak mampu menandingi gas pencemaran yang dihasilkan oleh kereta.

Menurut artikel daripada The Guardian, basikal elektrik mengeluarkan dalam purata 20 gram Co2 setiap 100 kilometer, manakala kereta sedan elektrik mengeluarkan 1000 gram, 50 kali ganda daripada jumlah basikal elektrik.

Perbandingan juga dibuat di antara kereta sedan atau SUV yang menggunakan enjin pembakaran dengan basikal elektrik dan mendapati 11,0000g dan 14,000g CO2 dilepaskan setiap 100km bagi, 700 kali ganda lebih banyak daripada basikal elektrik. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

basikal, karbon, pencemaran