Paris menuju 'bandar 100% mesra basikal'


PARIS telah membelanjakan sebanyak RM1.2 bilion untuk pelan awal berbasikal, menjadikan permulaan satu revolusi untuk ibu kota tersebut. — Agensi

KOTA Paris telah berjanji bagi membangunkan rakaian laluan basikal yang lebih terjamin dan selamat sebagai sebahagian daripada rancangan lima tahun Paris untuk menjadikan ibu kota Perancis itu ‘100% mesra basikal’ dengan tambahan €250 juta (RM1.2 bilion).

Anne Hidalgo, Datuk Bandar Paris daripada Parti Sosialis mendapat sokongan daripada Parti The Greens supaya menggunakan platfom yang diberikan pada beliau untuk menggalakkan lagi dasar yang lebih mesra basikal. Beliau dilantik semula dengan margin undi yang ketara Jun lalu.

Beliau kini calon parti Sosialis pada tahun depan untuk kerusi Presiden dengan harapan mengalahkan Presiden Emmanuel Macron. Namun, kempen beliau tidak mendapat sambutan ramai penilaian satu digit.

Dasar-dasar yang diusulkan oleh beliau mendapat sokongan dari golongan elit di ibu kota dalam jangka masa yang singkat walau mereka dilihat sebagai golongan yang sukar ditembusi di serata Perancis.

“Tujuan kami untuk menjadi kota ni 100% mesra basikal,” kata David Belliard, Timbalan Datuk Bandar yang menguruskan transformasi bandar dan ahli parti Hijau.

Sebanyak €180 juta (RM870 juta) daripada perbelanjaan baharu telah diperuntukkan untuk infrastruktur, termasuk perancangan laluan basikal utama di seluruh bandar termasuk kawasan pinggiran bandar dan menjadikan laluan lalu lintas dan pintu masuk the dalam Paris lebih selamat untuk penunggang basikal, kata Belliard.

Beberapa kawasan yang dikenali sebagai ‘flashpoint’ (kawasan kerap kemalangan), penunggang basikal dan pejalan kaki akan mendapat laluan khas yang terasing dari kawasan tersebut.

Perancangan awal berbasikal ini telah menelan belanja sebanyak €150 juta (RM725 juta), menjadikan permulaan satu revolusi untuk ibu kota tersebut.

Berikutan pandemik covid-19, projek ini telah ditangguh gara-gara desakan orang awam yang digelar ‘corona-pistes’ meningkat mendadak apabila mereka tidak lagi menggunakan pengangkutan awam kerana bimbang akan dijangkiti.

Laluan tersebut dibina dalam keadaan tergesa-gesa akibat desakan orang ramai. Namun, untuk perancangan terbaharu ini, laluan basikal kekal tersebut akan dibina dengan lebih teliti dan selamat.

Menjelang 2026, rangkaian laluan berbasikal yang selamat di Paris dibina sejauh 180 kilometer (km). Penunggang basikal dibenarkan menggunakan laluan sehala untuk mengelak kesesakan lalu lintas di laluan lain yang sejauh 390km.

Mencegah kes kecurian basikal

Dasar baharu mesra basikal telah mencetuskan kemarahan penunggang motosikal dengan keputusannya mengubah jalan raya Kota Paris di sungai Seine kepada penunggang basikal dan pejalan kaki.

Paris juga merancang pencegahan kes kecurian basikal, menurut Belliard: “Ini adalah salah satu cabaran untuk pengguna basikal”.

Mulai 2026, Paris akan mempunyai 100,000 parkir khas untuk basikal dan 40,000 daripadanya berhampiran stesen kereta api dan stesen metro serta dijaga.

Paris juga menghalang lalu lintas bagi kereta lebih jauh dari kawasan bandar supaya kereta tiada kereta yang melalui kawasan dalam bandar sepenuhnya, dan mengurangkan lalu lintas kereta sebanyak separuh di sesetengah kawasan di pusat bandar.

Jelas Belliard, sekolah di ibu kota akan meningkatkan latihan berbasikal untuk memastikan semua anak muda di Paris tahu bagaimana untuk menungggang basikal apabila tamat persekolahan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Paris, mesra basikal, Perancis, ibu kota