Rakyat Berlin berkempen untuk pusat bandar bebas kereta


JALUR jalan basikal di pusat bandar Berlin yang dipasang semasa perintah berkurung covid-19 untuk membantu orang berulang-alik ke tempat kerja tanpa menggunakan pengangkutan awam. — Agensi
PENDUDUK di Berlin, Jerman sedang berkempen untuk menjadikan seluruh pusat bandar Jerman sebagai kawasan bebas kereta dan menjadi zon khas untuk pejalan kaki, pengangkutan awam, basikal dan skuter.

Petisyen berjumlah lebih dari 50,000 tandatangan untuk melancarkan referendum bertujuan untuk melaksanakan projek ini pada 2027.

Untuk rakyat yang menjadi tulang belakang inisiatif ini, mereka digelar Berlin Autofre (Berlin bebas kereta). Bandar bebas kereta menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih bermutu, udara yang lebih segar, ruang yang luas, jalan yang lebih selamat, dan pastinya alam sekitar yang lebih baik.

Perancangannya adalah untuk menghalang akses kenderaan persendirian seluas 88 kilometer persegi, dibatasi oleh landasan (“S-Bahn=Ring”) yang mengililingi pusat bandar.

Penduduk Berlin mempunyai peluang untuk mengubal semula undang-undang di dalam bandar mereka dengan mendapatkan referendum.

Projek ini mendapat sambutan ramai dan kerana itu juga mereka yakin yang ia pasti berjaya. Mereka juga berharap jika referendum dapat dilaksanakan pada tahun 2023, projek ini akan menjadi kenyataan selepas tempoh peralihan selama empat tahun.

Tahun depan, Paris, Perancis turut mengorak langkah pertamanya untuk mengurangkan trafik di tengah-tengah kawasan pusat bandar. Selain Paris, terdapat bandar di Eropah yang lain mengamalkan dasar yang serupa seperti Barcelona (Sepanyol), Bristol (England) dan Leuven (Belgium).

Di Kanada, Montreal akan mula menguji konsep ini pada musim panas akan datang dengan menambah jalan beli-belah khas untuk pejalan kaki. Ini merupakan jalan penyelesaian dan berkemungkinan dikekalkan di sesetengah kawasan. – The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Berlin, bebas kereta, alam sekitar