Bintang Ironman Gwyneth Paltrow ‘hampir mati’ semasa bersalin


  • Hiburan
  • Khamis, 28 Okt 2021

GWYNETH Paltrow ‘hampir mati’ apabila melahirkan anak perempuan, Apple, pada tahun 2004. — Agensi
PELAKON yang pernah memenangi Academy Award, Gwyneth Paltrow dedahkan bahawa dia “hampir mati” semasa melahirkan anak sulungnya Apple pada 2004.

Paltrow berkongsi semasa temuramah di siniar (podcast) Dax Shepard’s Armchair Expert bahawa dia telah melalui dua pembedahan caesar (pembedahan) “pengalaman yang buruk dan gila buatnya dan hampir mati.”

Ibu berusia 49 tahun itu tidak berkongsi lanjut komplikasi yang dialaminya ketika bersalin tetapi dia menceritakan bagaimana kehamilan itu mengubahnya secara fizikal.

“Terdapat parut besar di tubuh dan kita berasa amat terkejut," katanya.

Menurut Mayo Clinic, melahirkan anak secara caesarean (juga dikenali sebagai C-section) merujuk kepada bayi yang dilahirkan melalui pembedahan menerusi perut dan rahim ibu.

Prosedur pembedahan biasanya dilakukan jika bersalin secara normal mendatangkan mudarat kepada ibu, anak, atau keduanya sekali.

Bintang The Shakespeare In Love itu juga berkata bahawa dia sangat bersyukur hamil sebelum wujudnya media sosial dan bagaimana Internet sekarang memberi tekanan kepada ibu baharu untuk kembali ke rupa asal.

“Saya sangat bersyukur kerana tiada Instagram ketika saya melahirkan anak kerana pada waktu itu ramai orang tidak tahu tentang perkembangan diri kita," katanya.

Pengasas The Goop itu mempunyai dua orang anak hasil bersama bekas suami, Chris Martin daripada kumpulan Coldplay; Apple yang berusia 17 tahun dan Moses 15 tahun.

Paltrow kini telah berkahwin dengan Brad Falchuk pada 2018 dan mempunyai dua orang anak tiri. — Yahoo

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram