'Ini bukan seni, ini kelucahan melampau'


TANGKAP layar Fauzi Nawawi ketika ditemu bual di program Rumah No.107 terbitan Astro yang tular baru-baru ini.

GILIRAN badan bukan kerajaan (NGO) kini tampil memberi respons mengenai pelakon Fauzi Nawawi, selepas video dia membuat jenaka lucah di televisyen baru-baru ini.

Menerusi satu klip dari sebuah program terbitan Astro, Rumah No.107, Fauzi menjawab soalan dari Shuk mengenai watak penjahat kegemarannya, sebelum ia menjurus kepada perbualan yang tidak enak.

Fauzi telah menyebut nama Raja Farah berkali-kali bagi menjayakan babak rogol dan perkara itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk netizen dan rakan artis.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, individu yang suka menceritakan adegan lucah kepada umum adalah berdosa besar.

Lebih-lebih lagi katanya, apabila individu tersebut menyebut nama orang lain terutamanya wanita yang telah berkahwin.

"Tak perlulah nak ikut gaya talk show (bual bicara) negara Barat bercakap lucah, dark comedy merapu dan berdosa saja.

"Sejak dahulu kita tak pernah sunyi dari lawak lucah. Sahamnya kepada stesen televisyen dan mereka yang terbabit.

"Industri filem kita bukanlah bertujuan memberi pengiktibaran sangat pun, tapi saja nak highlight scene kontroversi secara berlebihan. Apakah penonton ambil pengajaran ke? Tak pun," jelas Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) itu.

Dr Rafidah Hanim berkata, babak lakonan tidak menghalalkan perkara yang haram, manakala perkara yang berlalu bukan untuk dikenang.

"Boleh tak terangkan satu-satu saya nak imagine?

"Unbelievable (sukar dipercayai) soalan begini. Imaginasi jahat anda tu perlu disimpan sendiri bukan dikongsi dengan orang.

"Mereka tak malu ke anak-anak mereka tonton bapa sendiri buat perangai lucah begini? Haram alaik," katanya kesal.

Antara netizen yang turut memberi respons mengenai perkara itu adalah Azmanar Fengyun yang tidak sanggup menonton klip video yang tular itu.

"Bercakap lucah dah jadi satu normalisasi. Jijik dengar. Sampah," kata Eiisha Daud pula.

Screenshot 2021-10-21 152139

Antara komen-komen netizen di laman Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nor Ku berkata, kenyataan pelakon itu menyerlahkan lagi nafsu sebenar dalam industri seni.

"Mungkin ini hanya satu dari perkara sebenar yang 'terlepas keluar' dari mulut mereka yang terlibat.

"Kerap kali bila isu bantahan pada adegan tertentu disuarakan ahli masyarakat, artis akan munjustifikasi bahawa ianya sekadar lakonan, sedangkan kita tahu manusia itu adalah makhluk hidup yang punya kedua-dua sifat iaitu baik dan nafsu," katanya.

Pada Rabu, Fauzi telah memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya ketika ditemu bual dalam program terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram